in

Potong Daging Babi di Tempat Pemotongan Ayam, Pasaraya di Banting Kecoh Sampai Panggil Ustaz Untuk Sertu

Daging Babi Ayam

Kekecohan dikatakan berlaku di sebuah pasaraya dekat Banting awal pagi semalam selepas seorang pekerja didakwa telah memotong daging babi di tempat memotong daging ayam dekat pasaraya tersebut. 

Insiden ini dikatakan viral selepas seorang netizen memaklumkan kejadian di Facebook dan meminta supaya pelanggan di pasaraya tersebut berhati-hati ketika membeli ayam di situ.

156555512 3048360888823605 1689620753985651773 O

 

“Kami memohon maaf kepada semua pelanggan…” 

Susulan kejadian tersebut, pihak pasaraya terbabit kemudian telah memuat naik status di Facebook memohon maaf atas kejadian yang berlaku.

Menurut pihak CLC Banting lagi, alatan memotong seperti tempat pemotong, pisau dan barang berkaitan juga sudah digantikan dengan yang baru.

Malah daging ayam yang dijual di tempat berkenaan ketika kejadian juga sudah dibuang dan tempat penjualan juga sudah dibersihkan. Pekerja yang terbabit dalam kejadian itu juga menurutnya sudah dikenakan tindakan buang kerja serta merta. Uish! 

Posted by CLC Pasaraya Banting on Monday, March 1, 2021

 

“Kena samak semua tempat tu.. buktikan dengan video” 

Meskipun sudah menjelaskan keadaan, netizen yang masih was-was akan kebersihan tempat pemotongan ayam meminta supaya pihak pasaraya memuat naik video kerja-kerja pembersihan yang dilakukan supaya pelanggan tidak lagi ragu-ragu untuk membeli bahan mentah di sana.

Video 1

Atas permintaan netizen, pihak pasaraya itu kemudian memuat naik video proses sertu tempat terbabit yang dilakukan seorang ustaz yang juga bilal di Masjid Kampung Sungai Kelambu.

Posted by CLC Pasaraya Banting on Tuesday, March 2, 2021

Posted by CLC Pasaraya Banting on Tuesday, March 2, 2021

 

Harap perkara macam ni tidaklah berlaku lagi di masa hadapan. Kadang-kadang susah nak dapat kepercayaan pelanggan kembali bila dah berlaku sekali. 

Baca: “Najis tikus bertaburan” – Kilang Kotor di Pulau Pinang Diarah Tutup, Campur Bebola Ikan & Babi di Tempat Sama

Babi

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook