Pelancong Serik Kena Serang Di Sabah!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Semalam tular satu video menunjukkan sekumpulan pelancong yang menaiki bot pelancong tiba-tiba diserbu beberapa orang individu. Bila tengok video tu, dorang memang nampak agak agresif sebab panjat-panjat bot.

Dalam perkongsian di Facebook, individu yang dipercayai peminta sedekah Bajau ni bukan je panjat bot tapi nampak macam dia siap rampas makanan pelancong kat situ lagi. Pelancong-pelancong kat situ pula nampak tak selesa dan muka macam terpaksa je beri makanan dorang kat peminta sedekah Bajau tu.

Sumber: Facebook

Menurut komen-komen kat video tu, dorang tu memang suku Bajau yang tinggal kat kawasan Semporna, Sabah. Katanya, majoriti suku Bajau laut yang dipanggil Palauuh ni memang tidak berpendidikan, jadi dorang memang meminta sedekah dan suka buang sampah merata-rata. Uish ye ke?

Namun ada salah seorang individu yang mengaku dia orang Sabah menjelaskan bahawa peminta sedekah tu bukan orang Bajau tapi Suluk. Kira macam kawasan tu penempatan haram orang Suluk Filipina ni. Oh macam tu pulak.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Tapi apa yang lebih menjadi tumpuan ramai bukanlah dorang ni suku kaum apa, tapi kelakuannya yang agak kurang sopan terhadap pelancong kat atas bot tu. Datang jauh-jauh nak bercuti, tiba-tiba kena pengalaman macam ni. Serik beb!

Rata-rata yang tengok pun seram kalau benda ni kena kat dorang! Katanya orang-orang ni berkelakuan macam manusia tak bertamadun dan perangai pun macam lanun. Alamak!

Sumber: Facebook

Lebih teruk lagi, ada yang cakap dorang ni perangai mengalahkan orang utan dan memalukan Sabah. Katanya lagi kalau kelakuan begini memang kebiasaan dorang, ia perlu dihentikan sebab boleh merosakkan imej bangsa.

Ia bertambah buruk kalau pelancong tu tak pernah datang ke Sabah, mesti dorang akan cakap yang bukan-bukan pasal negeri ni sebab dah kena macam tu. Hmmm…

Sumber: Facebook

Lepas video ni tular, seorang wanita bergelar Amirah tampil membuat penjelasan tentang hal ni supaya nama suku kaum Bajau ni tak terus diburuk-burukkan orang ramai. Amirah cakap dia sendiri yang rakam video ni dan apa yang berlaku tak seteruk sangkaan orang.

Katanya dorang tu bukan serang pelancong, bukan merompak atau menyamun. Cara dorang memang agak kasar sikit tapi sebenarnya mereka tak rampas makanan pun, cuma berebut sedikit sahaja makanan yang diberi pada dorang.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Oooh, ingatkan pelancong-pelancong tu kena serang! Seeloknya baca dulu penjelasan orang yang terbabit sebelum sebar benda-benda tak elok. Apa-apa pun pastikan korang sentiasa berhati-hati tak kira di mana jua berada!

Baca: Hati-hati! Ibu Dengan Anak Ni Rajin Scam Orang!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.