in

Pelajar Dalam Perjalanan ke Sekolah Maut Dirempuh Kenderaan Cuba Elak Bangkai Lembu

A 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka perjalanan untuk pergi menimba ilmu berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa.


Dua orang pelajar sekolah SMK Jengka Pusat 1 maut selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda. Kejadian berlaku di Kilometer 55 Jalan Temerloh-Bandar Jengka pada 29 Mac lalu.

Jengka
sumber: new straits times

Ketika kejadian, Zharfan Najwan Zainal Abidin dan Muhamad Daniel Iman Muhamad Faizal, masing-masing berusia 17 tahun sedang dalam perjalanan ke sekolah menaiki motorsikal.

Pada kira-kira jam 6.45 pagi, sebuah Toyota Hilux yang dipandu seorang peniaga dilaporkan dalam perjalanan dari Bandar Pusat Jengka ke Kota Gelanggi 3 di Jerantut.

Pemandu itu kemudian cuba mengelak bangkai lembu di atas jalan laluannya dengan memusingkan stering ke kanan. Tindakan itu menyebabkannya bertembung dengan kedua-dua mangsa dari arah bertentangan.

Mangsa yang tidak sempat mengelak kemudian tercampak ke atas jalan. Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jengka1
sumber: facebook

Menurut Ketua Polis Daerah Maran DSP Mazlan Hassan, jenazah kedua-dua pelajar itu kemudian dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat manakala pemandu Hilux itu, Ahmad Affrizal Muhamad berusia 29 tahun itu tidak mengalami apa apa kecederaan.

Jengka2
sumber: facebook

Datuk kepada salah seorang mangsa, Mohd. Dorani Pamor, 66 sedang minum di sebuah kedai kopi kira-kira 10 meter dari tempat kejadian sebelum dimaklumkan bahawa satu kemalangan berlaku berhampiran kedai tersebut.

Dorani kemudian bergegas ke lokasi kejadian tanpa mengetahui bahawa cucunya merupakan salah seorang mangsa kemalangan itu. Ala kesiannya.

Sebaik sahaja sampai, saya terduduk dan menangis apabila  melihat cucu saya sudah terbaring kaku di atas jalan,” katanya.

Jengka4
sumber: malaysian digest

Menurut Dorani, dia berbual dengan cucunya, Muhamad Daniel Iman sebelum kejadian ketika menghantar kuih ke rumahnya namun mangsa tidak sempat menjamah kerana sudah terlambat untuk ke sekolah.

Saya sangat sedih kerana dia cucu yang paling rapat dengan saya,” kata Dorani.

Semoga keluarga mangsa tabah dengan pemergian mereka. Al Fatihah.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.