in

“Patut lah berganda-ganda bahagia” – Taiping dan Kuala Terengganu Antara 10 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia Pada 2019

Feature 1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita gembira untuk penduduk Melaka sebab ada dua bandar negeri korang yang tersenarai sebagai 10 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2019. Mesti best kan duduk kat Melaka, dah la banyak port amik gambar. 


Dua bandar yang tersenarai ialah Jasin dan Bandar Melaka. Selain tu, Kuala Terengganu, Seremban, Kulai, Taiping dan Kuantan juga turut diiktiraf sebagai bandar paling bahagia, lapor Harian Metro.

Bandar 4

Bandar 5

Bentong, Pahang, Yan, Kedah dan Jeli, Kelantan juga tidak ketinggalan menjadi bandar paling bahagia bagi tahun lepas.

Bandar 3

Bandar-bandar tersebut difahamkan telah disenaraikan oleh PLANMalaysia yang telah melaksanakan Kajian Indeks Kebahagiaan pada tahun 2013 sehingga 2019. Lebih 60,000 responden telah terlibat dalam kajian itu.

Kiranya dorang dah buat survey la ni.

Sepuluh bandar tersebut telah terpilih berdasarkan hubungan dengan jiran, aktiviti bersama komuniti, kemudahan awam yang disediakan dan tahap kebahagiaan bersama keluarga dan saudara-mara.

Namun, kalau bandar korang tak tersenarai, tak bermakna korang tak bahagia duduk dekat kawasan perumahan korang tu. Jangan salah faham pulak. 

Baca: “Nampak miskin pada harta, tapi jiwanya kaya” – Penjual Sayur Miskin Ini Dipuji Rajin Bersihkan Jalan di Taiping, Tak Kira Siang & Malam

Bandar 6

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.