in

Netizen Kecam Majlis Pernikahan Yang Seakan-akan Berada di Gereja Ini

Kahwin Gereja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap pasangan mempunyai impian majlis perkahwinan mereka yang tersendiri. Rekaan dan konsep yang dipilih mereka pastinya yang terbaik supaya tak menjadi buah mulut saudara mara dan makcik-makcik penyibuk.


Pun begitu, sesempurna mana majlis perkahwinan tersebut diatur pasti ada yang cuba mencari cacat celanya.

Seorang lelaki telah berkongsi gambar pernikahan sepupunya di laman Twitter yang seterusnya mendapat pelbagai komen dari netizen.

Twitter
sumber: twitter

Sesiapa yang mereka majlis akad untuk sepupu saya, hubungi saya.”

Kebanyakan netizen mengecam rekaan majlis nikah ini kerana ia dikatakan menyerupai suasana di dalam gereja. Hal ini kerana susunan kerusi dalam majlis pernikahan ini seperti kerusi di dalam gereja. Selalunya tetamu akan duduk bersila di lantai bagi sebuah majlis pernikahan tipikal.

Ddoymsmvoaezvfk
sumber: twitter
Twitter 1 1
sumber: twitter

Pun begitu masih ada yang memuji dan mengatakan keseluruhan rekaan majlis tersebut begitu cantik dan penuh gaya.

Twitter 2
sumber: twitter
Ddoymsovoaeg5Hv
sumber: twitter
Ddoymsmv0Aehmyu
sumber: twitter

Malah ada juga yang berpendapat mereka yang mengecam adalah kaum Melayu mudah sentap dan berfikiran sempit. Opsss!

Walau bagaimanapun, rekaan sebegini bukanlah kali pertama di lakukan di mana-mana majlis pernikahan Melayu. Malah ada juga di antara selebriti sudah lama menggunakan konsep rekaan ini.

37 Gambaq Majlih Pernikahan Sharifah Sakinah Dan Aliff Adha 27
gambar hiasan
37 Gambaq Majlih Pernikahan Sharifah Sakinah Dan Aliff Adha 24
gambar hiasan

Korang rasa macam gereja ke tak? Sebaik-baiknya daripada mengecam, lebih elok kalau kita mendoakan yang baik-baik untuk pasangan yang bernikah tersebut. 

Baca: 10 Ruang Majlis Di Sekitar Lembah Klang Anda Mungkin Tidak Tahu

Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.