in

“Majlis kahwin bulan depan…” – Askar Mati Lepas Buat Latihan Terjunan, Parachute Tak Buka Masa di Udara

Askar Maut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkahwinannya dijadualkan pada bulan depan namun majlis itu tidak akan berlangsung kerana ajal terlebih dahulu menjemput. Seorang askar maut ketika menjalani latihan terjunan di udara pada petang Isnin (15 Julai), lapor AsiaOne.



Leftenan Watcharapong Chantarachat, 29, dari unit infantri Prachuap Khiri Khan dilaporkan melakukan terjunan tersebut dari sebuah pesawat tentera kira-kira jam 1.30 petang hari kejadian.

Askar3
gambar hiasan

Namun, payung terjun yang dilampirkan pada badannya bagaimanapun dikatakan gagal berfungsi. Seperti kebiasaan, selepas melakukan terjunan mereka harus tarik dan payung terjun akan terbuka.

Tapi, malangnya payung terjun pada badan Watcharapong itu dilaporkan mengalami masalah teknikal dan tidak terbuka.

Disebabkan itu, Watcharapong mendarat tanpa payung terjun dan maut serta merta. Mayatnya dijumpai di Ban Tha Deu terletak dekat tambon Nikhom Sang Tua-eng dan dihantar ke Hospital Ananda Mahidol dengan segera.

Askar1
sumber: royal coast review

Pegawai tentera yang berada di tempat kejadian enggan memberi sebarang komen dan berkata pegawai senior mereka yang akan buat pengumuman tentang kemalangan tersebut.

Mangsa merupakan pelatih di Erawan Military Camp’s Special Warfare School dan sepatutnya berkahwin dengan teman wanitanya pada bulan depan. 

Askar2
sumber: vaaju

Tak dapat bayangkan kesedihan girlfriend dia. Tengah counting down to the big day kotttt…. Smiley Cry

Baca: “Semoga Adib bahagia bersama bidadari-bidadari syurga..” – Kad Jemputan Kahwin Adib Sabtu Ini Buat Netizen Sebak

Featured Baru 768X404 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.