Baru-baru ini McDonalds ada mengeluarkan iklan baru untuk produk Nasi Lemak mereka yang berjudul ‘Nasi Lemak MY vs SG’.
Menurut Berita Harian Singapura, Video yang berdurasi 30 saat itu telah mengundang kemarahan rakyat Singapura kerana dikatakan mereka beri gambaran negatif terhadap rakyat Singapura.
Tidak ada yang boleh memisahkan rakyat Malaysia dan makanan nasi lemak.”
Dalam video itu, ada pasangan ingin menikmati juadah makan malam Difahamkan wanita itu berasal dari Malaysia dan mungkin lelaki pula dari Singapura. Mereka bawa pasangan itu ke satu port makan malam yang sedap bertempat di Lau Pa Sat.
Malah dalam video itu dilihat lelaki tersebut meletakkan dua pakej tisu di atas meja sebab nak book tempat duduk dan memotong giliran waktu nak beratur beli makanan.
Setelah membeli hidangan Nasi Lemak dari warung bernama, “BEST Nasi Lemak Singapura,” lelaki itu hairan apabila kawannya menolak makanan itu.
Ternyata dia membawa nasi lemaknya sendiri dari Malaysia. Tertulis di bungkusan tu “buatan Malaysia”.
Kemudian, mucul suara iklan menyatakan, “Tidak ada yang boleh memisahkan rakyat Malaysia dan makanan nasi lemak.” Korang boleh tengok kat bawah ni.
Nak kata kitaorang kiasu ke apa? – Singapura
Lapor Asia One, ramai orang Singapura yang menzahirkan rasa kurang senang terhadap iklan itu. Ia seolah-olah memperlekehkan imej rakyat Singapura yang dikatakan ‘kiasu'(pentingkan diri sendiri).
Disebabkan isu nasi lemak, netizen Malaysia juga bertelagah pasal hal ni dan defend yang nasi lemak Malaysia adalah terbaik. Alaahaii.
Apa pun usahlah bergaduh pasal bab makan, bak kata Chef Wan makanan patut kita enjoy bukannya nak berebut siapa punya dulu.