in

“Nak caci saya b*bi, bangs*t, bodoh, hancing takpe tapi….”- Syed Saddiq Kecewa Tindakan Melampau Kumpulan Penyokong BN Provok Sampai Naik Tangan

Feat 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah jadi adat, sebagai individu yang dikenali dan mempunyai kuasa pasti ada pihak yang menyokong dan ada pihak yang menentang.


Lebih-lebih lagi kalau terlibat dalam arena politik yang sememangnya panas dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal, cuma tak salah kalau nak provok tapi biar berpada.

Terbaru, Menteri Belia Dan Sukan yang juga Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikatakan telah diserang sekumpulan pemuda..hah! pulok dah.

Image 3

Kejadian serangan itu dikatakan berlaku di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Semenyih pagi tadi iaitu di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) , melibatkan penyokong Barisan Nasional (BN).

Mesti korang nak tau apa sebenarnya yang terjadi kan? Baca perkongsian Syed Saddiq di instagram beliau.

Syed Saddiq kena serang sekumpulan pemuda!

Nak caci saya “Babi” “Bangsat” “Bodoh” “hancing”, saya tetap akan hormati, kerana itu hak saudara. Tetapi kalau sampai nak guna serangan fizikal, that’s too much!

View this post on Instagram

Nak caci saya “Babi” “Bangsat” “Bodoh” “hancing”, saya tetap akan hormati, kerana itu hak saudara. Tetapi kalau sampai nak guna serangan fizikal, that’s too much! Hari ini saya tiada driver sebab tidak bertugas sebagai menteri. Dalam perjalan nak ke kereta, saya diserang oleh penyokong penyokong BN. Bila dimaki, saya hanya beri salam dan terus bergerak ke hadapan tetapi mereka kejar saya. Bila diserbu, pihak polis yang berdekatan datang bantu. Unit Amal (PAS) yang nampak insiden pun datang untuk bantu kerana mereka nampak reaksi fizikal beberapa penyokong BN. Saya terhutang budi kepada pihak Polis dan Unit Amal yang berdekatan. Tanpa mereka, saya tidak tahu apa akan jadi pada saya sekarang. Insiden seperti ini mengingatkan saya kenapa saya masuk politik. Bukan untuk bermusuhan, tetapi untuk kekal berkhidmat. Sedih saya lihat budaya gangsterisme yang menular dikalangan masyarakat kita. I want to be a “Yang Berkhidmat” which serves all Malaysians regardless of race, religion and political ideologies. Kerana Malaysia menyatupadukan kita semua. May Allah swt open up their hearts and minds. Laporan polis akan saya buat pada pukul 2pm di Balai Polis Sungai way. *Syed Saddiq* https://www.facebook.com/1130669147012110/posts/2054469277965421?sfns=mo

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

Menerusi video tersebut korang boleh nampak yang Syed Saddiq dikerumuni dan ‘diserang’ ketika melewati satu kawasan yang dipenuhi penyokong BN.

Malah dalam kapsyennya, Ahli Parlimen Muar itu turut menyelar tindakan serangan berbentuk fizikal itu sebagai  melampau..Betul lah tu, nak provokasi pun jangan sampai serang fizikal.

1 6

2 8

Status tersebut telah mendapat lebih setengah juta views di instagram sejak ia dimuatnaik pada tengahari tadi.

Malah kes tersebut bukan sahaja kecoh di media arus perdana, malah turut viral di media sosial.

Malah Syed Saddiq dikatakan telah membuat satu laporan polis berkaitan kejadian serangan itu di Balai Polis Sungai Way pada jam 2 petang tadi.

Admin tak memihak siapa-siapa, tapi kalau marah macam mana pun tak perlu sampai naik tangan, apa guna undang-undang kan?

Baca : Tu lah dik, gelojoh sgt update status sampai 2x u-turn Syed Saddiq Kena Troll Muat Naik Status Rakyat Malaysia Ke-2 Dijemput Ke BBC HARDtalk

Sede

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.