in

“Nak buang air je pun”- Kenali 5 Tandas Termahal Di Dunia

Ft Tandas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak ada impian atau cita-cita untuk memiliki sesuatu kalau korang ada banyak duit nanti. Mesti la dah ada idea nak dibelanjakan dekat mana duit itu kan. Tapi pernah tak korang terfikir untuk belanjakan wang tu dekat tandas?


Tandas yang min maksudkan bukanlah macam tandas yang diubahsuai dekat rumah tu, tapi adalah yang lebih dikhususkan untuk kegunaan buang air sahaja.

Manalah tau dah belanjakan banyak wang, mungkin lebih senang ‘urusan’ di tandas nanti.

Hari ini min akan kongsikan, 5 tandas termahal yang pernah dicatatakan sepanjang zaman!

 

i. Tandas Kayu ‘Dagobert’

Namanya sahaja sudah cukup gah!

Tandas kayu ini diberi nama bersempena nama pemerintah terakhir Perancis, sewaktu Dinasti Merongivian iaitu Raja Dagobert.

Dikenali dengan nama ‘Dagobert’ Wooden Toilet Throne, tandas ini dibina dengan ketinggian setinggi lima kaki, reka bentuk tandas ini menyerupai takhta raja yang begitu megah.

Bukan itu sahaja, tandas itu juga dilengkapi dengan tempat penarik air untuk tujuan ‘flush’ yang diletakkan di bahagian kerusi itu.

 

Capture 6

 

Lebih menarik lagi, Dogobert Wooden Toilet itu turut dilengkapi tempat pemegang lilin di bahagian atas kanan kerusi itu. Masa dulu bukannya ada lampu macam sekarang…

Disebabkan menyerupai bentuk takhta raja, tandas itu memiliki tempat letak tangan di kedua-dua belah bahagian kerusi itu serta tempat untuk bersandar.

Kalau rasa bosan-bosan tu, korang jangan risau, setiap kali penutup dibuka, tandas itu akan memainkan ‘Le Bon Roi Dagobert’.

Dengan segala ‘kemudahan’ yang ada, tandas ini mempunyai nilai yang sangat tinggi iaitu $14,123 (RM60 Ribu).

 

ii. Tandas Bertatah Swarovski

Kalau korang rasa tudung dihiasi Swarovski dah cukup mahal, macam mana pula dengan tandas yang bertatahkan batu permata itu.

Merupakan hasil idea oleh Jemal Wright, tandas in dihiasi dengan batu permata Swarovski di setiap sudut luarannya.

Hanya bahagian tempat duduk serta bahagian penutup sahaja yang tidak hiasi dengan batu permata itu. Iyalah, macam pula nak duduk kan kalau ada batu permata dekat situ…

Capture 1

Walaupun harganya melebihi RM300,000 bagi setiap satu unit, namun hasil akhir hiasan itu kelihatan sungguh memukau.

Bila difikirkirkan kewujudan tandas ini pastinya menambah seri seluruh ruangan bilik mandi korang, tapi sanggup ke nak pakai.

Kalau dah harga macam ni, mungkin jadi barang pameran je la sebab sayang nak guna…

 

iii. Tandas Taman Seni Moon River

Akhirnya ada juga tandas yang min boleh try.

Ini mungkin satu-satunya tandas yang mahal untuk kegunaan orang awam tapi ianya di bina di negara China.

Disebabkan keunikan yang dimiliki oleh tandas ini, orang ramai sanggup menunggu selama 2 jam semata-mata untuk mendapat peluang merasai ‘keseronokan’ tandas itu.

Bagaikan tarikan pelancong, pengunjung berkunjung ke gua buatan manusia ini semata-mata untuk merasai pengalaman di tandas Taman Seni Moon River.

 

Capture 3 1

Tapi kira beruntung la juga sebab pengunjung tidak perlu bayar harga untuk memasuki ke tandas itu, cukup sekadar membayar tiket masuk. Tapi tak tahu la berapa harga tiket masuk tu.

Sungguhpun mempunyai hiasan dalam yang cukup indah, tiada siapa tahu mengapa harga pembinaan tandas ini dikatakan begitu mahal.

Kos pembinaan tandas ‘mewah’ ini yang dianggarkan melebihi RM300,000. Fuh, boleh bayar student loan harga tandas dia!

 

iv. Tandas Emas Hang Fung

Nama pun tandas emas, mesti korang tak boleh bayangkan betapa eksklusifnya hiasan dalaman tandas ini.

Kalau jangkaan pertama korang ialah tandas berwarna kuning disaluti dengan emas bermakna bayangan korang adalah tepat!

Tandas tersebut dimiiliki oleh sebuah syarikat terkemuka The Hang Fung Technology Group.

‘Keindahan’ tandas ini dapat dilihat oleh orang ramai kerana ia diletakkan di bilik demonstrasi yang dikenali sebagai “The Hall of Gold”.

Capture 5 1

Jadi kalau ada yang teringin nak melihat sendiri tandas ini, korang boleh la tengok dan ambil gambar di ruangan tersebut.

Kepada yang teringin nak pakai tu, kena la bawa balik dulu. Harganya cuma $5 juta (RM20 juta) sahaja…

 

v. Tandas Stesyen Angkasa Antarabangsa

Memegang gelaran tandas termahal di dunia, tapi yang anehnya tandas tersebut tidak berada di bumi pun.

Setakat ini harga tandas termahal yang pernah di cipta dicatatkan berharga $19 juta (RM77 juta).

Tandas ini diciptakan oleh Rusia pada tahun 2008 untuk kegunaan stesyen angkasa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk memudahkan ‘urusan’ pengunaan tandas di angkasa.

Capture 4 1

Sesuai dengan harganya yang begitu tinggi, tandas ini dilengkapi dengan pendakap kaki untuk memastikan angkasawan berada pada posisi yang betul sewaktu menggunakan tandas di angkasa.

Maklumlah dengan keadaan angkasa yang mempunyai sifar graviti, pastinya sukar untuk mengekalkan kedudukan mereka kan…

Tandas tersebut turut mempunyai vakum khas yang digunakan untuk menyedut najis ke dalam tangki septik.

Selain itu, tandas ini juga mempunyai penapis canggih yang mampu mengestrak air daripada sisa buangan sebelum dibersihkan untuk dijadikan air minuman.

Tak payah susah-susah nak dihantar ke kilang untuk proses tapisan air. Dari dalam tandas pun boleh buat semua tu. Sebab itulah harga dia mahal.

Jadi kalau korang diberi peluang untuk try tandas-tandas ni, mana satu yang korang teringin nak cuba?

Sumber Money Inc

Baca : WOW! Harga Dah Macam Kereta : Tudung Ini Bernilai Rm100,000 Siap Masuk Malaysia Book Of Records!

Capture 5

Sumber: Money Inc
Sumber: Blog
Sumber: Blog
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.