in

WOW! Harga Dah Macam Kereta : Tudung Ini Bernilai Rm100,000 Siap Masuk Malaysia Book Of Records!

Gambar Hiasan 2 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang terfikir bahawa sehelai kain untuk dipakai dikepala mampu mencecah harga yang bersamaan dengan 3 buah kereta Produa Axia?


Ya! Itulah nilai tudung bawal yang direka oleh pengasas Bawal Exclusive, Hasliza Maysuri dan Mohd Rosli Awang yang berharga RM100,000. Tudung bawal ini turut mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila diiktiraf dalam Malaysia Book of Records sebagai tudung termahal yang pernah dihasilkan.

Pengasas jenama Bawal Exclusive, Haliza Masyuri berkata tudung bernilai RM100,000 itu diperbuat daripada fabrik voile berdiameter 1.14 meter, ditaburi 7,512 kristal Swarovski pelbagai warna dan bentuk lapor Bernama.

Whatsapp Image 2020 08 14 At 10.59.28 Am 14 44 508069

Whatsapp Image 2020 08 14 At 10.59.29 Am 1 14 58 287496

1 9

Sebenarnya, tudung yang disiapkan di Austria ini merupakan hadiah dan penghargaan daripada pengeluar kristal antarabangsa, Swarovski atas kerjasama bersama Bawal Exclusive sejak dari dahulu lagi selain meraikan ulang tahun Swarovski yang ke 125 tahun.

Pengurus jualan Swarovski Malaysia Teo Zi Wei berkata tudung itu merupakan projek paling lama pernah disiapkan syarikat antarabangsa itu dengan mengambil masa selama 320 jam oleh 12 tenaga pekerja di Austria.

“Proses pemilihan dan meletakkan batu kristal dilakukan dengan sangat teliti dan tentunya ia merupakan satu cabaran buat pekerja di Austria yang tidak biasa dan sinonim dengan tudung bawal,” 

Tambahnya lagi, tudung itu tidak akan dijual kepada mana-mana pihak dan akan dijadikan bahan pameran di butik baharunya yang dijangka dilancarkan pada 1 September ini.

 

Baca: “Suka hati je tiru kerja keras orang” – Hari Tu Tudung, Kali Ini Ada Butik Terkenal Lain Pula Tiru Idea Fashion Designer?

A 1 2

Sumber: Hijabsta
Sumber: Hijabsta
Sumber: Hijabista

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.