in

Mo Salah Muat Naik Gambar Sempena Krismas, Ini Respon Faizal Tahir

Mo Salah Krismas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemain Liverpool dari Mesir, Mohamed Salah sekali lagi mendapat kritikan daripada peminat beragama Islam selepas beliau memuat naik gambar sempena sambutan Krismas baru-baru ini.


Sebelum ini, Salah pernah dikecam kerana memuat naik gambar bersama anak-anak dan isterinya menyambut Krismas tahun lalu.

Menerusi hantaran di Instagram, pemain berusia 31 tahun itu memuat naik gambar pokok Krismas dengan keterangan gambar mengenai konflik Israel-Palestin, sebelum mengucapkan Selamat Krismas kepada pengikutnya.

Artikel berkaitan: “Aku sangat leka dengan dunia” – Tragedi Mavi Marmara Punca Faizal Tahir Berubah

Artikel berkaitan: “Menari, tak ada penjarakan sosial” – Hadir Majlis Perkahwinan Abang, Salah Dikecam Hebat Lepas Disahkan Positif COVID 19

“Krismas ialah masa untuk keluarga berkumpul dan meraikannya. Dengan perang yang sedang berlaku di Timur Tengah, terutama kematian dan kemusnahan di Gaza, Krismas kali ini disambut dengan hati yang berat.

“Kami merasai keperitan dialami keluarga-keluarga yang meratapi kehilangan orang terasayang. Tolong jangan lupakan mereka dan jadikan kesengsaraan mereka satu kebiasaan. Selamat Krismas,” tulis Salah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohamed Salah (@mosalah)

Hantaran itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi, terutama daripada pengikutnya yang beragama Islam memberi respon kecewa terhadap Salah. Ramai mengingatkan Salah bahawa umat Islam tidak merayakan Krismas.

Screenshot 2023 12 26 144707 Screenshot 2023 12 26 144718 Screenshot 2023 12 26 144738

Menerusi ruangan komen, penyanyi dan komposer Faizal Tahir turut meninggalkan komen menyatakan pemain itu bukanlah siapa-siapa tanpa Allah dan berdoa supaya Allah memberi petunjuk kepadanya dan keluarga.

Screenshot 2023 12 26 145125

Terdahulu, Salah dikritik daripada peminatnya di seluruh dunia Arab kerana berdiam diri terhadap penderitaan rakyat Palestin di Gaza akibat serangan Israel.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.