in

“Aku sangat leka dengan dunia” – Tragedi Mavi Marmara Punca Faizal Tahir Berubah

Faizal Tahir Turning Point

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain fokus dalam kerjayanya sebagai penyanyi dan komposer, Faizal Tahir juga dilihat aktif dalam aktiviti kemanusiaan.


Lebih-lebih lagi ketika ini sedang tercetus serangan di Palestin, membuatkan penyanyi ini menjadikan platform media sosialnya sebagai medium untuk berkongsi maklumat tentang negara itu.

Kalau korang ingat lagi, Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Muhammad Tahir pernah mencetuskan kontroversi dalam industri hiburan tanah air.

Artikel berkaitan: “Apa level keb*dohan & kejahilan ni?” – Faizal Tahir Selar Siti Kassim Tentang Isu Palestin

Kontroversi itu telah menyebabkan dirinya pernah digam stesen TV dan diberi hukuman untuk melakukan kerja khidmat masyarakat.

@kool101my

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa ‘turning point’ Faizal Tahir? Yang menyebabkan Faizal Tahir banyak menyertai aktiviti-aktiviti kemanusiaan. Catch Up Pagi On Point berbual dengan Faizal Tahir @Faizal Tahir di aplikasi Audio+! #Kool101 #PagiOnPoint #closeup #FaizalTahir #turningpoint

♬ original sound – Kool 101 – Kool 101

“Itulah turning point saya”

Peristiwa itu menjadi pengajaran besar dalam kehidupannya. Dalam pendedahannya bersama radio Kool 101, Faizal turut menyatakan terdapat satu kejadian yang telah menjentik hatinya untuk berubah.

“Satu insiden masa itu tahun 2010 rasanya. Saya sedang buat road tour untuk album kedua saya. Saya tengah buat showcase, tengah enjoy… seronok dengar orang menjerit nama kita, terlompat-lompat buat konsert.

“Saya suka baca berita sebelum saya tidur, saya nak tahu apa yang dah berlaku hari itu. Masa hari itulah keluar berita, ada satu bot Flotilla, Mavi Marmara nak membawa bantuan ke Gaza. Ada rakyat Malaysia dalam tu yang ditahan oleh rejim Zionis ini,” katanya.

Ujarnya, kejadian itu membuatkan dirinya tersedar ada perkara yang lebih penting daripada nikmat menjadi seorang penyanyi terkenal.

“Apa benda yang aku buat ni? Aku dekat sini sibuk melayan syoknya nikmat boleh buat show, bajet macam rockstar, hidup dengan senang.

“Tiba-tiba dekat tempat lain ada macam ini, sedangkan aku dalam keadaan yang sangat leka dengan dunia. Mencari nama, mencari populariti, mencari duit sedangkan ada masalah sebegini yang sedang berlaku. Jadi itu juga turning point saya,” katanya lagi.

Pada 31 Mei 2010, berlaku satu tragedi di mana beberapa aktivitis di atas kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan ke Gaza ditembak tentera laut Israel.

Tragedi itu mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana tindakan tersebut disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.

Sumber: TikTok, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.