in

“Menari, tak ada penjarakan sosial” – Hadir Majlis Perkahwinan Abang, Salah Dikecam Hebat Lepas Disahkan Positif COVID 19

Salah Kan Ku Bukan Salahkan Ku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas Cristiano Ronaldo, bintang bola sepak dunia, Mohamed Salah pula kini disahkan positif COVID 19.


Walau bagaimanapun, berita malang tersebut menerima kecaman hebat termasuklah daripada bekas penyerang Mesir, Mido yang mengkritik Salah sebagai sangat cuai.

41605743048 Mosalah

Ini adalah kerana, penyerang Liverpool ini dikatakan positif COVID 19 hanya selepas beberapa hari dia menghadiri majlis perkahwinan abangnya di Cairo, Mesir baru-baru ini, lapor Daily Mail.

Malah video Salah sedang menari bersama ahli keluarga tanpa penjarakan sosial di majlis perkahwinan tersebut juga sedang tular di media sosial. Alamak kantoi!

Akibat daripada perbuatannya itu, Salah kini terpaksa dikuarantin pada Jumaat lalu menjelang pertembungan pasukannya dengan Togo untuk aksi kelayakan Piala Negara-Negara Afrika.

Mido yang membuat 51 penampilan bersama Mesir itu mengecam tindakan Salah yang menghadiri majlis perkahwinan tersebut, beberapa hari sebelum aksi antarabangsa ketika penularan wabak COVID 19 masih belum reda.

“Saya tahu saya akan dikecam disebabkan komen saya ini tetapi saya perlu tegas mengatakan apa yang betul apa yang tidak.

“Salah telah membuat kesilapan besar apabila dia menghadiri majlis perkahwinan abangnya beberapa hari sebelum perlawanan membabitkan Mesir.

“Dia sangat cuai dan kesannya dia dijangkiti wabak berkenaan dan juga menjejaskan pasukan,” kata Mido.

35648224 8946581 Image A 1 1605287439137 1

35648226 8946581 Image A 2 1605287723559

Kecuaian Salah ini juga menyaksikan Mesir kehilangan pemain penting dalam perlawanan besar dan bakal mendatangkan risiko terhadap kesihatan rakan sepasukannya yang lain.

Tidak sepatutnya dia berada di majlis perkahwinan abangnya terutama dalam tempoh ini.

“Majlis perkahwinan itu dihadiri 800 orang dan separuh daripada mereka mendekati Salah,” katanya lagi.

Hmm nak pergi majlis perkahwinan abangnya tu tak salah pun. Tapi kalau amalkan penjarakan sosial kan bagus? 

Baca: Bintang Liverpool Mo Salah Disahkan Positif Covid-19

Mo Salah

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.