in

MITI Raikan Anak-Anak Yatim, Adakan Majlis Berbuka Puasa Di Mamee Double Decker

435215316 991042742595298 2711509282144351453 N

Baru-baru ini, Majlis Berbuka Puasa MITI Bersama Anak Yatim telah berlangsung dengan meriahnya di Mamee Double Decker, Subang Jaya.

Program yang dihadiri oleh Yang Berhormat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz turut menarik perhatian pelbagai pihak dengan kehadiran para pemimpin industri dan wakil daripada agensi di bawah MITI.

434638715 991042695928636 4919262815173125939 N

Dalam masa yang sama, antara yang turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Mamee, Yang Berbahagia Tan Sri Pang Tee Chew, Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan Mamee, Yang Berbahagia Datuk Seri Pang Tee Nam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mamee Double Decker, Yang Berusaha Encik Pierre Pang Hee Ta, Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Yang Berbahagia Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, serta Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Yang Berbahagia Datuk Wira Arham Abdul Rahman, disertai dengan pegawai kanan setiap agensi.

Majlis yang bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim seiring dengan suasana ramadan yang mulia ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran 100 orang anak-anak yatim dari Subang Jaya dan Puchong.

435252879 991042735928632 8848928381661466888 N

Dalam program ini juga, Yang Berhormat Menteri MITI turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim sebagai tanda kasih sayang serta penghargaan. Tambahan pula, Mamee Double Decker turut memberi sumbangan goodies bag yang mengandungi produk-produk Mamee kepada anak-anak yatim yang hadir.

Selain itu, sorakan tak terhingga juga mengiringi pengumuman pelancaran program Junior Monstar Scholarship yang mana Yang Berhormat Menteri MITI telah diberikan penghormatan untuk melancarkannya dan seterusnya menyampaikan mock cek berjumlah RM50,000 kepada penerima sulung program ini iaitu pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei yang juga merupakan anak perempuan kepada Setiausaha Pengurusan kami di Melaka, Puan Jane Yeo.

Program ini merupakan inisiatif syarikat Mamee untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang anak-anak pekerja kami dalam pelbagai bidang, termasuk akademik, seni dan sukan.