“Memang kena ada ke?” – Netizen Pertikai Siar Babak Perkosa Dalam Drama ‘Lelaki Itu’

Jadikan sumber pilihan di Google
“Memang kena ada ke?” – Netizen Pertikai Siar Babak Perkosa Dalam Drama ‘Lelaki Itu’

Baru-baru ini, drama Lelaki itu menjadi bualan ramai dan boleh dikatakan sentiasa trending setiap kali ia ditayangkan.

Bagaimanapun, episod yang ditayangkan pada malam tadi telah mengundang pelbagai reaksi netizen apabila ada memaparkan babak watak Sharifah Batrisyah lakonan Hannah Delisha diperkosa sekumpulan lelaki.

Babak terbabit turut dimuat naik di media sosial menerusi akaun rasmi sebuah siaran televisyen di platform X.

Artikel berkaitan: Drama Lelaki Itu Trending, Pakar Jelaskan Hukum Gugurkan Kandungan Anak Hasil Sumbang Mahram

Artikel berkaitan: “Tempat paling suci, kenapa masuk dialog seperti ini?” – Ustazah Asma’ Harun Kritik Drama ‘Surat Dari Tuhan’

Menerusi perkongsian itu, klip video yang berdurasi 33 saat itu memaparkan adegan sekumpulan lelaki mengambil kesempatan untuk memperkosa Batrisyah di suatu kawasan gelap.

G

 

Rata-rata pengguna media sosial mempertikaikan tindakan penyiar kerana memaparkan babak sensitif itu.

Ramai yang berpandangan tiada keperluan untuk melakonkan adegan sedemikian apatah lagi ia ditunjukkan kepada tontonan umum.

Selain itu, netizen juga menyatakan babak sebegitu juga akan membuatkan rasa terganggu dan trauma kepada mereka yang pernah mengalaminya.

Sebaliknya, adegan seperti ini perlu digambarkan dengan cara berbeza jika mahu untuk memberi pengajaran kepada penonton.

H

 

Setakat ini, belum ada kenyataan daripada pihak produksi bagi menjelaskan tentang isu tersebut.

Sumber: X

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Memang kena ada ke?” – Netizen Pertikai Siar Babak Perkosa Dalam Drama ‘Lelaki Itu’
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/memang-kena-ada-ke-netizen-pertikai-siar-babak-perkosa-dalam-drama-lelaki-itu/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen