in

Manjakan Sangat Anak, Sampai Cikgu Panggil Polis!

Apo Tak Gi Sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bak kata orang, sayang anak tangan-tangankan! Jangan biar anak jadi terlalu manja, takut nanti ibu bapa pulak yang susah di kemudian hari seperti apa yang berlaku kepada seorang budak Tahun 6 yang viral baru-baru ni.


Menurut perkongsian di Twitter, sebuah sekolah (tak dinyatakan kat mana) terpaksa ambik tindakan panggil polis untuk ‘jemput’ seorang murid Tahun 6 datang sekolah lepas murid ni dikatakan dah ponteng sekolah selama 53 hari. Wow!

Dicilxzu8Aayjip
sumber: twitter

Apa yang lebih mengejutkan, budak ni bukannya lari rumah ke, atau jadi mangsa dera. Murid ni ada je dekat rumah tapi dia tak boleh nak bangun awal pagi kerana kerap bermain game sehingga lewat malam. Amboi kalah gamer sejati! Main mobile legend ke dik? 

Dicimjwv4Aabzws
sumber: twitter

Kalau korang tertanya-tanya kenapa ibu bapa budak ni tak gerak anak dia bangun tidur awal atau marah anaknya kerana kerap ponteng sekolah, korang pasti terkejut bila dapat tahu ibu bapa murid ni tak sampai hati nak kejut anaknya bangun pagi ketika sedang nyenyak tidur. Alololo… manjakan sangat anak tu!

“53 hari tak mai sekolah. Sampai sekolah hantaq polis suruh pi kutip bawak mai. Sebab ponteng, malam main game, pagi tak mangkit tidoq. 

“Mak bapak tak sampai hati nak kejut anak. Akai boh kepala lutut. Orang beranak, hangpa nak beranak,” tulis tweet tersebut.

Menurut posting Facebook, pihak sekolah dah buat macam-macam cara nak bawa budak ni kembali sekolah, namun usaha mereka gagal. Jadinya, tindakan pihak polis menjemput murid ni di rumah merupakan usaha terakhir mengikut SOP yang dijalankan.

Dicilxsuyaa7Ph2
sumber: twitter
sumber: twitter

Rata-rata netizen yang membaca posting ni mengecam tindakan ibu bapa budak tersebut yang tak bertanggungjawab dalam menjaga anak. Tak datang sekolah sampai polis cari haa! Haih malu betul…

Untung Ko Dik
sumber: facebook

Nak main game tu boleh dik, tapi jangan ketagih sampai sekolah pun tak datang. Tu lah pentingnya mak bapak pantau kelakuan anak-anak. 

Baca: Guru Suruh Murid Jilat Tandas Kotor 12 Kali Sebab Tertinggal Kerja Sekolah

Toilet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.