in

Malaysia Tak Boleh Batal ECRL?

Page Ecrl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu ni sahaja, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dah membatalkan dua projek landasan kereta api iaitu Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan Mass Rapid Transit 3 (MRT3).


Namun, Malaysia mungkin tidak dapat mengambil langkah tegas terhadap projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) seperti projek HSR.

Ecrl1
sumber: the malaysian insight

Pembatalan projek-projek berkos tinggi ini adalah strategi kerajaan baru dalam mengurangkan hutang negara.

Namun begitu, menurut The Malaysian Insight, sumber kerajaan memberitahu pembatalan projek landasan dari Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor di Kelantan lebih rumit kerana perjanjian bagi fasa 1 projek bernilai lebih kurang RM46 bilion sudah ditandatangani dan pinjaman dari Bank Exim di China sudah dikeluarkan.

China Exim Bank
sumber: edge

Oleh sebab tu, membatalkan perjanjian yang telah termeterai antara kerajaan Najib dan China Communications Construction Company Ltd. boleh mengakibatkan perjanjian dimungkiri dan akan memaksa pinjaman itu serta faedahnya dibayar dalam masa tiga bulan daripada pembatalan.

Sekiranya pentadbiran Tun M mencabar kesahihan perjanjian tersebut, proses litigasi bukan sahaja akan makan masa bertahun-tahun, malah akan menjejaskan hubungan dua hala. Perkara seperti ini adalah sesuatu yang mahu dielak oleh Putrajaya dan Beijing.

Mahathir Mohamad
sumber: asian correspondent

Malaysia memahami ECRL adalah projek utama China dan ia mengesan kesediaan Beijing untuk mencapai tolak ansur berkenaan kos landasan kereta api itu.

Difahamkan sebagai permulaan, sejumlah stesen di laluan ECRL akan dikurangkan di mana kebanyakan stesen tersebut tersenarai kerana pertimbangan politik.

Satu lagi pilihan penjimatan kos ialah menyusun semula sebahagian laluan berkenaan dan sekiranya ia dilaksanakan, kos ECRL boleh dikurangkan antara RM5 bilion hingga RM10 bilion.

Adoi, banyaknya guna duit.

Baca: Lepas HSR, Projek MRT3 Pulak Dibatalkan

Ecrl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.