in

Mahu Perbaiki Akhlak, ‘Kak Long 7E’ Bantu Ibu Berniaga Di Bazar Ramadan

Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak video live mengamuk di 7 Eleven tular bulan lepas, nama Kak Long sering dilanda kontroversi sehinggakan wanita ini mengatakan yang dia telah diboikot dan hasil jualan kosmetiknya menurun.


Baru-baru ini nama saya diboikot. Hasil jualan kosmetik saya menurun. Banyak saya rugi. Tapi saya tak berhenti solat hajat agar kes saya selesai. Saya harap Allah permudahkan semuanya sepanjang Ramadan ini.”

Namun begitu, Kak Long atau nama sebenarnya Wan Noor Baizura turut kongsikan yang dia kini sedang sibuk membantu ibunya berniaga makanan di tapak bazar ramadan di Dungun, Terengganu.

Saya sibuk berniaga Ramadan kali ini. Saya tolong ibu berniaga makanan. Selain nasi goreng Pattaya, kami juga ada jual nasi ayam dan air mango shake.

“Alhamdulillah habis terjual pada hari pertama Ramadan. Nasi habis sampai licin. Ramai yang singgah membeli. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki melimpah ruah ini.

“Saya nak tolong mak dengan duit tak mampu, jadi saya tolong dengan kudrat. Walaupun malu duduk di bazar, tapi saya tetap berniaga demi teruskan hidup.”

277098602 520471322774859 7409418501309786842 N

Bercakap dengan mStar, wanita ini mengatakan bahawa pada bulan Ramadan ini, dia ingin berusaha untuk membaiki dirinya dan memberi fokus pada perniagaan dan keluarga.

Biarlah benda lepas jadi pengalaman dan pengajaran. Saya sedang berusaha untuk baiki akhlak, adab dan terus berbuat kebaikan. Saya nak fokus bisnes dan keluarga.

“Saya mengharapkan yang terbaik untuk Ramadan kali ini. Selepas kes viral, saya jadi trauma. Dalam bulan suci ini, saya nak dekatkan diri dengan Allah, moga kes-kes lepas tak berulang lagi.”

Harapnya Kak Long terus tabah dan dapat jauhkan namanya dari kontroversi lagi.

Baca: Hina OKU, SKMM Sahkan Terima 20 Laporan Polis Terhadap ‘Kak Long Kosmetik’

Collage 72 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.