Tular satu video memperlihatkan sebuah lori yag diselubungi api marak bergerak sendiri di Kilometer 38 Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya semalam. Difahamkan, ia berpunca daripada kejadian panas melampau pada enjin sehingga mencetuskan kebakaran.
Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika seorang pemandu lelaki dalam perjalanan dari Dengkil ke Puchong dengan memandu lori jenis Inokom.
Artikel berkaitan : Lapangan Terbang Kanada Ditutup Sementara Gara-gara Pesawat Terbakar Di Landasan
Artikel berkaitan : Kereta Mercedes Terbakar, Pemandu Didakwa Suspek Langgar Lari Motosikal?
Katanya, apabila sampai ke lokasi di KM 38, pemandu itu mengesan asap keluar dari bahagian enjin sebelum cuba memberhentikan kenderaan di tepi jalan, namun tidak sempat kerana api semakin marak.
Sebuah lori yang bergerak sendiri dalam keadaan diselubungi api yang sedang marak, mencetuskan gempar kepada orang ramai di Kilometer 38 Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya semalam, disyaki mengalami kejadian panas melampau pada enjin hingga mencetuskan kebakaran. pic.twitter.com/Clk9cm1R3l
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) January 14, 2025
“Berikutan kejadian itu, pemandu terbabit bertindak terjun keluar dan lori berkenaan terus bergerak sendiri di atas jalan raya.”
“Pengadu hanya mengalami luka-luka ringan selepas terjun manakala lori yang dipandu hangus terbakar.”
Norhizam berkata, pemandu terbabit memaklumkan kejadian berkenaan kepada pemilik lori, sebelum diarahkan membuat laporan polis. Tambahnya, pemilik lori tidak mahu membuat tuntutan insuran kerana nilai tuntutan tidak tinggi.
Sumber : Buletin TV3