Pasukan penyelamat dan polis dikejarkan ke sebuah sungai di Tulsa, Oklahoma, Amerika Syarikat selepas mereka mendapat laporan mengenai satu mayat di tengah Sungai Arkansas.
Selepas usaha pasukan penyelamat mendekati mayat berkenaan berjaya, mereka terkejut selepas mendapat tahu ianya masih hidup.
Menurut laporan ABC News, lelaki yang dipercayai mayat di tengah sungai itu rupanya sedang berjemur dan berehat.
Pihak penyelamat berkata, walaupun sungai itu cetek, tapi perbuatan lelaki itu sangat bahaya. Selain daripada keliru dengan perbuatan lelaki itu dan menyangka ianya mayat yang hanyut, pihak penyelamat tempatan juga berpesan untuk semua kekal selamat dan cari alternatif lain untuk berjemur dan berehat.
Korang boleh tengok video menyelamat ‘mayat’ lelaki tu dalam video @ABC kat bawah ni.
JUST CHILLING: Rescue workers attempted to recover a reported dead body from the Arkansas River in in Tulsa, Oklahoma, only to find the man alive and well.
“Please stay safe and find alternate ways to stay cool,” the fire department urged. https://t.co/EAhrTX6S2u pic.twitter.com/zhwotYCysN
— ABC News (@ABC) August 19, 2021
Aduh, mamat tu pun kalau nak berjemur, bukan situ tempatnya. Pelik-pelik betul manusia zaman sekarang ni. Nasib baik lah ada orang nak datang selamatkan. Buatnya air naik, mau lemas nanti mamat tu.
Baca: “Bomba polis semua datang” – Mayat Terapung Atas Air Rupanya Hanyalah ‘Love Doll’