in

“Bomba polis semua datang”- ‘Mayat’ Terapung Atas Air, Rupanya Hanyalah ‘Love Doll’

Feature 4 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masyarakat Jepun memang dikenali dengan sikap mereka yang amanah dan prihatin. Kalau kita tertinggal dompet atau barangan berharga ketika menaiki pengangkutan awam, mesti barang-barang tu boleh dijumpai semula sebab tak ada sesiapa pun yang nak curi benda-benda ni.



Baru-baru ini pula, viral di media sosial negara Jepun apabila orang awam yang melalui kawasan Hachinohe Bay mendakwa ada wanita yang lemas lepas ternampak sekujur tubuh terapung di atas air.

Patung 1

Menurut Sora News24, individu yang dah salah sangka kemudiannya telah menghubungi pihak polis dan bomba untuk datang menyelamatkan ‘mangsa’.

Namun, semua yang ada di kawasan tu terkejut bila semua pihak penyelamat dah sampai dan tubuh wanita itu berjaya dibawa naik sebab rupa-rupanya itu bukanlah manusia sebaliknya hanyalah sebuah Love Doll (sejenis patung seks).

Ketika kejadian itu berlaku, orang awam yang dikenali sebagai Tanaka Natsuki yang kebetulan berada di tempat kejadian sempat mengambil gambar kejadian yang pada mulanya menggemparkan pengunjung kawasan itu.

Ramai yang berpendapat salah faham itu mungkin berlaku sebab patung itu terapung dalam keadaan terbalik so, tak pelik lah kalau individu yang call polis dan bomba tu salah sangka dan nampak patung tu macam manusia yang lemas.

Selain itu, ada juga netizen lain yang kata sebab ni lah kita tak boleh buang sampah atau barang sesuka hati ke dalam sumber air.

Sumber: Sora News24, Twitter @nachangagaga, Twitter @VoW_wheeeeeeeee

Baca: “Kenapa tak guna teddy bear, kan lagi comel”- Kelab Bola Sepak Seoul Gunakan Patung Seks Sebagai Penonton Di Stadium?

Patung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.