Lelaki Rogol, Tusuk Kemaluan Gadis Dengan Kayu Kerana Berang Sering Diejek

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Semakin hari, semakin ngeri pula kes-kes berkaitan rogol dan bunuh muncul di media. Manusia bagaikan tiada hati dan perasaan hingga sanggup membunuh dengan kejam! Mana pergi nilai kemanusiaan mereka ni?

Baru-baru ini, terjadinya pembunuhan kejam melibatkan seorang gadis berusia 15 tahun yang ditemui mati dalam keadaan separa bogel dan kemaluannya penuh dengan darah pada Selasa lalu, lapor Malaysian Digest.

Sumber: Pojok Satu

Mayat mangsa yang bernama Eka Yuniati itu telah ditemui pada jam 11 pagi di pondok sawah di Pasuruan, Jawa Timur, Indonesia. Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat dipukul, dirogol dan dicekik selain kemaluan mangsa ditusuk oleh suatu objek yang tajam. Kejamnya!

Sumber: Pojok Satu

Kejadian tersebut dikatakan berlaku apabila suspek, Muhammad Madinatul Huda, 21, bersama mangsa dan lima orang rakan sedang minum minuman keras pada jam 9 malam, Isnin lalu.

Pun begitu, ketujuh-tujuh mereka kemudian menjadi panik dan melarikan diri ke kawasan sawah apabila terlihat kereta peronda melalui kawasan tersebut.

Ketika dalam keadaan mabuk, suspek dikatakan telah meraba-raba tubuh mangsa dan mengajaknya untuk melakukan hubungan seks bersama. Namun, mangsa menolak permintaan suspek hingga menyebabkan suspek berang dan bertindak merogol mangsa.

Sumber: Detik Kasus

Suspek juga akui berasa sangat marah dengan mangsa pada waktu itu kerana sering mengejeknya di hadapan teman lelaki wanita tersebut.

“Pukul berapa (kejadian) saya tak ingat, tapi yang pastinya tengah malam. Mulanya saya mencekik lehernya dengan kayu, kemudian saya pukul muka dia dengan batu.

“Kami sudah saling mengenali dan sering keluar bersama. Saya melakukannya (membunuh) kerana kesal dengan korban (sering mengejek),” katanya kepada Jawa Pos.

Sumber: Pojok Satu

 

Sumber: Detik

Susulan daripada penemuan mayat mangsa oleh penduduk kampung, pihak polis telah menahan suspek pada jam 3.50 petang, semalam. Menurut siasatan polis, mangsa telah dirogol sebelum meninggal dunia dan suspek juga mengaku telah melakukan jenayah tersebut seorang diri.

Kes ini masih dalam siasatan dan jika sabit kesalahan suspek bakal dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Jaga-jagalah gadis di luar sana. Bahaya ada di mana-mana! Semoga suspek mendapat balasan yang setimpal.

Baca: Kemaluan Wanita Disumbat Dengan Pelepah Kelapa Selepas Dirogol dan Dibunuh

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!