in

Korea Utara Umum Kes Pertama Covid-19, Pesakit Bakal Dijatuhkan Hukuman

X 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kim Jong-un isytihar darurat selepas Korea Utara merekodkan kes pertama jangkitan Covid-19 di negara itu.


Mangsa pertama Covid-19 ini dipercayai telah melintasi sempadan dari Korea Selatan ke negara itu secara haram.

Menurut sumber, mangsa jangkitan tersebut sebenarnya merupakan seorang pelarian yang telah melarikan diri ke Korea Selatan pada tiga tahun lalu dan kini kembali ke negara asal.

Restmb Idxmake

Melihatkan situasi ini, Kim Jong-un bertindak menutup daerah Kaesong yang dipercayai menjadi lokasi pelarian yang pergi ke Korea Selatan. Siasatan ke atas unit tentera kawasan terbabit juga akan dilakukan dengan lebih terperinci.

Mangsa kini dilapor sedang menjalani kuarantin dan pihak berkuasa kini sedang mengesan mereka yang pernah berhubung dengan mangsa.

Kim Jong-un juga meminta agar pelarian tersebut dikenakan hukuman berat.

 

BACA: Kuching Kembali Diisytihar Zon Merah, Gelombang Kedua Kini Melanda?

Capture 33

Sumber: The Investor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.