in

Kes Ain : Cikgu Dakwa Kenyataan Ain Menyebabkan Dia Alami Depression

Ft Guru Ain Dakwa Alami Depression

Kenyataan Ain Husniza Saiful Nizam, gadis berusia 17 tahun dan ibu bapanya dikatakan telah menimbulkan tekanan jiwa kepada seorang guru yang didakwa membuat lawak rogol di dalam kelas, sehingga dia mengalami kemurungan.

Dalam surat tuntutan yang ditujukan kepada pelajar serta ibu bapanya itu, Saiful Nizam Abdul Wahab dan Norshaniza Sharifudin menjelaskan bahawa guru lelaki itu mendakwa bahawa keluarga tersebut telah membuat kenyataan memfitnah yang telah menyebabkan dia mengalami penderitaan emosi dan sukar untuk berhadapan dengan orang ramai.

 

Guru dakwa alami depression

Guru Ain Dakwa Alami Depression

“Client kami juga merasa terancam, dan bimbang akan keselamatan dirinya dan keluarganya,” jelas kandungan surat itu,” lapor The Vibes.

Dalam surat tuntutan itu juga menyatakan bahawa kenyataan Ain mengenai lawak rogol dalam wawancara akhbar juga mengandungi unsur fitnah.

Guru tersebut mengatakan bahawa pernyataan itu bukan sahaja salah, tetapi ia juga telah merosakkan reputasinya.

Dia menuntut agar Ain Husniza, Saiful Nizam dan Norshaniza untuk, menarik balik kenyataan yang telah dibuat, meminta maaf atas tindakan itu, guru tersebut juga berjanji untuk tidak membuat kenyataan seperti itu lagi dia juga menuntut bayaran sebanyak RM1 juta.

Guru Ain Dakwa Alami Depression 2

Difahamkan juga, Ain dan ibu bapanya menerusi peguam mereka, telah memberitahu guru melalui peguamnya bahawa mereka pula bersedia untuk menuntut sebanyak RM5 juta.

Bagaimanapun, dalam sidang media minggu lalu, peguam Ain Husniza, Datuk Sankara Nair mengatakan bahawa ada kes yang kuat untuk dia mengemukakan tindakan undang-undang terhadap guru tersebut kerana menyebabkan masalah mentalnya.

 

Baca : Cikgu Tuntut RM 1 Juta Sebagai ‘Pernyataan Fitnah’ Dekat Murid Pasal Pernah Viralkan Buat Lawak Rogol Dalam Kelas

Cikgu Buat Lawak Rogol 3

Sumber: The Star