Jika anda ingat beberapa bulan lepas, viral satu pnededahan daripada seorang murid apabila cikgu membuat satu lawak berkaitan dengan isu rogol di dalam kelas di depan pelajar.
Disebabkan ia timbul rasa selesa perkongsian itu telah dikongsikan ke media sosial dan meraih perhatian netizen, rata-rata bengang dengan tindakan guru tersebut.
Disamping itu, isu ini pernah menjadi hangat sehinggakan ramai pihak buka mulut membahaskan isu ini.
Cikgu tuntut RM 1 juta
Setelah beberapa bulan berlalu, Malay Mail hari ini melaporkan bahawa pelajar terbabit yang dikenali sebagai Ain Husniza Saiful Nizam telah menerima satu surat tuntutan bernilai RM 1 juta oleh guru terbabit atas perbuatan fitnah yang dilemparkan terhadapnya
Perkara itu disahkan oleh bapanya, Saiful Nizam Abdul Wahab. Ia menjadi persoalan kepada Saiful Nizam tujuan dia melakukan tindakan sedemikian sedangkan Ain tidak ada menyatakan identiti pelaku secara spesifik dan tidak menyatakan sekolah mana.
“Surat isu diisukan oleh cikgu tersebut atas tuduhan fitnah, padahal kami tak pernah dedahkan nama dia dan nama sekolah,” katanya.
Ain ada muat naik tweet menyatakan hal tersebut, katanya dia diberi masa 7 hari untuk semua tuntutan itu termasuklah wang ganti rugi itu.
hi. harini ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas "pernyataan-pernyataan fitnah"
dlm surat ni ain diberi 7 hari untuk untuk semua tuntutan ni, antaranya untuk membayar RM1,000,000 dalam gantirugi.
all i ask is semua doakan urusan ain dipermudahkan :') #MakeSchoolASaferPlace
— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ainhsaifulnizam) August 4, 2021
Tweet tersebut telah meraih 8,000 jumlah perkongsian sepanjang masa 2 jam ia dimuat naik. Rata-rata netizen memberikan sokongan moral kepada Ain.
Untuk rekod, Mei lepas, Kementerian Pendidikan ada menyatakan bahawa guru yang terlibat dalam kejadian Ain akan dipindahkan ke Jabatan Pelajaran Selangor sementara menunggu siasatan polis.
Ain juga membuat dua laporan polis terhadap rakan sekolah kerana mengancamnya dengan pemerkosaan setelah dia didedahkan. Dia kemudian menariknya setelah pelajar dan keluarga mereka meminta maaf.