in

Kenali Jihad Buttu, Warga Palestin Berumur 85 Tahun Terima Ijazah Sarjana Muda

4Jihad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usia bukanlah suatu penghalang untuk mencapai sesuatu. Mungkin itulah frasa yang paling sesuai untuk menggambarkan kejayaan Jihad Buttu memperoleh ijazah sarjana muda.


Screenshot 2021 10 09 At 2.29.11 PmJihad Buttu, seorang warga Palestin baru sahaja memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah beberapa hari yang lalu. Dilahirkan pada tahuan 1936, beliau yang kini berusia 85 tahun memulakan pengajian di peringkat sarjana muda kira-kira 4 tahun lalu.

Di awal usia beliau, sama seperti kanak-kanak lain, Jihad telah mula menuntut ilmu di sebuah sekolah berdekatan Nazareth sehingga tahun 1948. Namun segalanya berubah selepas peristiwa Nakba yang mengusir penduduk asal Palestin dari tempat asal mereka untuk memberi ruang kepada bangsa Yahudi.

Dalam keadaan yang tidak menentu itu, ibu beliau jatuh sakit. Akibat tiada siapa yang mampu menjaga ibunya, Jihad mengambil keputusan untuk berhenti dari pengajian di sekolah dan menjaga ibunya sepenuh masa.

Screenshot 2021 10 09 At 2.30.26 Pm

Pada tahun 1954, Jihad telah berkahwin dengan pasangan hidupnya. Mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata. Walau bagaimanapun, semangat beliau untuk menuntut ilmu tidak pernah pudar. Beliau mempelajari beberapa bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Hebrew. Beliau juga turut menghadiri kursus pengajian matematik bagi memenuhi rasa dahaga ilmunya itu.

Pada usia 81 tahun, Jihad telah nekad untuk mendaftarkan diri untuk mendapatkan ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah. Selepas 4 tahun, beliau kini bergelar graduan dalam bidang Undang-undang Islam.

Screenshot 2021 10 09 At 2.30.03 Pm

 

Semoga kisah ini dapat memberikan inspirasi kepada semua untuk tetap terus menuntut ilmu kerana usia bukanlah suatu penghalang untuk kita berjaya.

 

Sumber: Middle East Monitor

 

Baca: Diundi Menentang Israel,  Atlet Algeria Ini Nekad Tarik Diri Dari Sukan Olimpik Tokyo 2020

Screenshot 2021 10 09 At 2.46.35 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.