in

Diundi Menentang Israel, Atlet Algeria Ini Nekad Tarik Diri Dari Sukan Olimpik Tokyo 2020

2Judo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Temasya sukan terbesar dunia Sukan Olimpik kembali lagi selepas ditangguhkan pada tahun lepas akibat pandemik. Untuk edisi kali ini, Bandar Tokyo telah dipilih untuk menjadi tuan rumah.


Upacara perasmian baru diadakan semalam, namun perhatian peminat sukan Judo pula tertumpu kepada seorang atlet dari Algeria, Fethi Nourine. Belum pun sempat bertanding, Nourine telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari acara sukan tersebut.

Screenshot 2021 07 24 At 1.59.55 Pm
Sumber: ap

Menurut laporan Berita Harian, Nourine dijadual berdepan atlet dari Sudan pada pusingan pertama dan mungkin bertemu atlet dari Israel, Tohar Butbul pada pusingan seterusnya.

Dalam satu kenyataan, Nourine menyatakan sokongan politiknya kepada Palestin menyebabkan amat mustahil untuk dia bertanding menentang atlet Israel tersebut.

Kami berkeras untuk ke Olimpik, tetapi isu Palestin lebih besar daripada semua ini” – Fethi Nourine

Screenshot 2021 07 24 At 2.00.05 Pm
Sumber: google image

Untuk rekod, Nourine sebelum ini pernah menarik diri dalam Kejohanan Dunia 2019 di Tokyo bagi mengelak bertemu atlet Israel dalam sukan yang sama.

 

Baca: “Kreatif betul” – Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 Guna ‘Masquerade’ Buat Ramai Terhibur

1Olimpik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.