in

“Kena prank balik” – [VIDEO] Niat Nak Buat Prank Tak Ada Kepala, Reaksi Ibunya Buat Ramai Terhibur

Fi Anak Prank Mak E1631158921620

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya kita semua ni akan ada satu perangai, di mana kita nak menyakat atau prank kawan-kawan mahupun ahli keluarga sendiri. Selalunya perkara ini dibuat saja-saja atau untuk kenakan di hari istimewa mereka.


Lebih kurang sama dengan kisah yang nak dikongsi kali ini, apabila niat seorang pemuda ini nak prank si ibu bertukar sebaliknya.

 

Prank tak ada kepala

Baru-baru ini, viral sebuah video dikongsikan oleh seorang pemuda dikenali sebagai Ricky di mana dia cuba untuk menyakat ibunya.

Menerusi posting yang dimuat naik melalui akaun @alvanorickyy, dia menunjukkan barangan dan pakaian yang sesuai untuk menjalankan misinya tersebut.

Dia menyiapkan barangan seperti baju, kotak beserta topi dan meletakkannya di atas kerusi makannya. Selain itu juga, dia berlakon seakan sedang membaca surat khabar supaya tak kelihatan oleh ibunya.

Anak Prank Mak 1

 

Ibu terkejut.. Terus balas ‘dendam’

Selepas beberapa ketika, ibunya dilihat masuk ke ruangan makan tersebut dan alangkah terkejutnya bila dia melihat susuk tubuh yang tiada kepala itu. Sambil beristighfar, ibunya terus berpatah balik keluar dari ruangan itu. Siapa saja tak terkejut macam tu.

Namun ibunya bukan terus lari pergi, rupanya dia datang semula sambil bawa bantal peluk yang diambil. Tak cakap banyak, ibunya terus pukul susuk tubuh direka anaknya itu sekuat hati. Dah mendapat.

Posting video tersebut dah menjadi bualan ramai, dan sehingga kini ia nya dah meraih sebanyak lebih dari 840k views di TikTok.

@alvanorickyy

Udah makin kesel kayanya Bu Rt.. ?

♬ original sound – ???? ?? ?? – ???? ?? ??

 

“Kalau mak aku dah halau rumah”

Menjengah ke ruangan komen, nyata tindakan Ricky itu membuatkan rata-rata netizen berdekah melihatnya. Bukan itu saja, ada yang bergurau mengatakan beruntung dia hanya dipukul sebegitu serta ramai yang terhibur bila melihat reaksi ibunya itu.

Reak Anak Prank Mak 4 Edit Reak Anak Prank Mak 2 Edit Reak Anak Prank Mak 3 Edit

Nampaklah muka geram mak dia tu. Nasib bantal peluk, kalau ibu min dah bantai guna rotan je. Sakit oi bila ingat!

 

Baca : “Ada je pernah umi buat” – [VIDEO] Prank Tentang Rutin Harian, Ramai Terhibur Tengok Gelagat Dua Beranak Ini

Foot Anak Prank Mak

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.