in

“Siapa dah kena prank?” – Dakwa Nak Lancar Lagu Baru Hari Ini, Aliff Syukri Cakap Ia Hanya ‘April Fool’

Aliff Syukri Prank

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas teruk dikecam netizen berikutan isu muzik video lagu raya baharunya yang agak kontroversi, Datuk Aliff Syukri semalam ada memuat naik posting di Instagram mengatakan yang dia bakal melancarkan lagu raya tersebut hari ini, tepat jam 9 pagi.

Tunggu Aliff

Sabar esok yaa,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Walau bagaimanapun, pagi ini Aliff telah memuat naik satu posting di Instagram memaklumkan dia tidak akan melancarkan sebarang lagu raya pada tahun ini dan semuanya hanyalah jenaka ‘April Fool’.


Cuba tulis di bawah siapa dah kena prank dengan saya? Kepada yang menunggu lagu saya itu, April Fool. 

“Maaf semua saya hanya menyakat korang jer janganlah serius sangat hidup ini kena happy je,” katanya.

Aliff Syukri juga meminta emak dan isterinya tidak marah akan hal tersebut kerana dia hanya berniat untuk menyakat mereka sahaja.

“April fool tu haram dalam Islam” 

Posting itu bagaimanapun telah mendapat teguran netizen yang mana mengatakan April Fool adalah perkara yang haram dalam Islam.

Malah ramai juga meminta Aliff untuk lebih sensitif berkaitan hal agama ketika bulan yang mulia ini.

April Fools

Jadi tahun ni tak adalah ya lagu raya dari Aliff Syukri? 

Sumber: Instagram

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.