Sebelum ini viral anak-anak prank ibu bapa diorang tentang rutin harian yang kononnya diorang rajin demi video assignment, tapi kali ini terbalik pula. Haa apa pula reaksi anak tengok parents dia cakap benda tak betul.
Baru-baru ini, viral video trend yang sama iaitu tentang rutin harian tapi kali ini si ibu pula yang prank anak dia.
Anak buat muka sebab tahu benda betul
Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh anisizyan89, wanita yang digelar Umi itu kononnya nak berkongsi rutin harian dia selepas dikatakan ada netizen di Tiktok yang ingin tahu apa dia buat setiap hari. Sambil dia nak berkongsi rutin harian itu, anak perempuan dia yang bernama Nadya berdiri di sebelahnya.
“Orang Tiktok Umi tanya apa aktiviti Umi setiap hari.”
@anisizyan89 Tengok muka anak kak nis tu , tak mampu nak teruskan prank , hahaha @#dailyroutineprank #foryoupage
Pada awalnya, wanita itu bercerita yang dia akan bangun pada pukul 4 pagi setiap hari dan masak serta hidangkan untuk suami dan anak-anak. Bukan itu sahaja, wanita itu siap cakap yang dia tak pernah pun order Foodpanda.
“Setiap hari masak, tak pernah tak masak. Tak pernah beli Foodpanda”
Anak kantoikan mak sendiri
Bila anak perempuannya dengar yang dia kata dia tak pernah beli Foodpanda, boleh nampak yang kanak-kanak itu mula buat muka seolah-olah tahu yang mak dia cakap benda tak betul. Muka dia memang takleh cover la.
“Pernah kan…. ada je pernah umi buat.”
Tak dapat tahan gelak, wanita itu terus ketawa tengok reaksi anak perempuannya itu. Kanak-kanak itu pun tepuk-tepuk bahu sambil usik mak dia. Alahai comel la dua beranak ni.
Ramai terhibur siap puji suara anak perempuan
Di ruangan komen, ramai yang terhibur tengok gelagat dua beranak itu. Bukan itu sahaja, ada juga yang puji suara kanak-kanak itu rock dan sesuai jadi penyanyi bila sudah besar nanti.
Sekali sekala buat prank dekat anak apa salahnya kan. Selalu anak je buat dekat parents diorang.
Sumber: anisizyan89