in

Isteri Berkomplot Kenakan Suami, Hantar Hadiah ‘Annivesary’ Berserta Ucapan Buat Netizen Sebak

Cats 64

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hidup perkahwinan memang indah. Akan tetapi, ianya juga tak terlepas daripada ujian dan cabaran yang kian mendatang. Walaupun begitu, menjadi tanggungjawab setiap pasangan untuk kekalkan kemanisan dalam perkahwinan bagi menjamin kebahagiaan dalam kehidupan.


Macam video dekat bawah ni, seorang isteri telah plan untuk kenakan suaminya dengan menghantar hadiah ulang tahun perkahwinan mereka ketika suaminya sedang bekerja.

@deechanteq

Lain org lain dugaan dan ujian yg Allah beri..12tahun tempoh perkhawinan bukan satu jangka masa yg pendek. Tak mampu Nk tulis caption ni..korg tgk jela sendiri reaksi abg ni bila part ucapan ttg zuriat?

♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

Artikel berkaitan: “Akal anak syurga” – Cikgu Kena ‘Prank’ Dengan Pelajar Istimewa, Rupanya Nak ‘Surprise Birthday’

Artikel berkaitan: “Menghargai tak perlu banyak wang” – Suami Buat ‘Surprise’ Untuk Isteri, Sambut ‘Anniversary’ Di Rumah

Oleh itu, si isteri telah berkomplot dengan seorang wanita untuk deliver hadiah tersebut di sebuah rumah yang dipercayai milik majikan suaminya.

Pada mulanya, si suami yang bernama Ridwan terkejut dan menafikan pernah memesan barang cod tu namun, dia tetap mengambil hadiah tersebut yang berisi sebuah telefon pintar.

Apa yang membingungkan Ridwan lagi, wanita yang dipercayai runner kedai telefon tu cakap yang Ridwan sendiri memesan telefon tersebut padahal bukan dia yang berbuat demikian.

Masa tu, Ridwan dah mula rasa pelik. Jadi, dia meminta runner tu untuk memberikan nombor telefon bos kedai phone tersebut.

Akan tetapi, runner tersebut sengaja bagi nombor phone rumah Ridwan lalu bergurau dengan bertanyakan soalan padanya.

“Hari ni, hari apa bang? Jangan buat tak tahu. Depan tu sawah padi bang oi.”

Disebabkan tu, Ridwan mula sedar yang sebenarnya hari tu merupakan annivesary perkahwinannya yang ke-12 dan hadiah tu adalah pemberian dari isterinya sempena hari tersebut.

Namun begitu, kegembiraan Ridwan tak terhenti di situ je. Runner tersebut turut memberikannya hadiah lain berserta satu ucapan istimewa dari isterinya.

N1

“Selamat ulang tahun perkahwinan, sayang. Terima kasih untuk 12 tahun bersama. Saya minta maaf, masih belum mampu untuk berikan zuriat keturunan untuk sayang. Saya harap awak masih mampu bertahan selama mana Allah berkehendak kita belum ada rezeki untuk zuriat kita sendiri…”

Masa tu, Ridwan nampak tersentuh sangat dan tak terkata dengan ucapan isterinya itu namun, hanya mampu mengucapkan:

“Saya sayang awak dunia akhirat.”

Video yang dah mencecah dua juta tontonan itu turut meraih simpati dan kasihan dari netizen buat Ridwan dan pasangannya mengenai soal zuriat.

Cats 63

Semoga Ridwan dan isterinya dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.