in

Pengikut Ajaran Sesat Makan Najis & Guna Cecair Mayat Sebagai Pencuci Muka, Percaya Ia Ubat Mujarab

Ajaran Sesat Thailand 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ngeri dan menjijikkan!

Itulah dua perkataan sesuai bagi menggambarkan satu ajaran sesat dimana pengikutnya makan makanan yang disaluti najis pemimpin mereka. Malah, mereka juga menjadikan cecair mayat sebagai pencuci muka.


Pengikut Aliran Sesat Ini Makan Kotoran Pemimpinnya Selama 4 Tahun E1653792905392

Memetik laporan Metro UK, ajaran sesat yang berlaku di Thailand ini diketuai oleh Tawee Nanlan, 74, yang mendakwa dirinya adalah bapa segala agama. Menjadikan sebuah rumah di tengah hutan di daerah Chaiyaphum, Thailand, sebagai markas utama, ajaran sesat ini terbongkar selepas pihak berkuasa dimaklumkan oleh anak kepada salah seorang pengikut.

Dikenali sebagai Khun Jenjira, 53, wanita berkenaan percaya ada yang tidak kena dengan kumpulan terbabit selepas melihat sendiri bagaimana ibunya yang berusia 80 tahun menyapu kahak pemimpin pada mukanya.

Malah, ibunya turut makan kulit mati pemimpin yang dipercayai merupakan ubat mujarab.

Ajaran Sesat Thailand E1653793037121

Serbuan pihak berkuasa berjaya menemukan 11 mayat bekas pengikut. Lima daripadanya berada di dalam keranda yang sudah ditebuk dibahagian bawah untuk memudahkan pengikut lain mengambil cecair mayat bagi dijadikan pencuci muka.

“Ibu pernah memberitahu saya dia juga mahu mayatnya dihantar ke situ selepas dia meninggal dunia. Saya bersyukur saya sendiri pergi lihat tempat ini sebelum buat apa-apa,” kata Khun.

“Tak pernah paksa mana-mana pengikut buat benda yang mereka tak suka. Semua buat atas kerelaan hati” – Tawee Nanlan

Ajaran Sesat Thailand 1 E1653793539213

Ketika disoal pihak polis, pengikut Tawee Nanlan menjelaskan, kesemua mayat bekas pengikut yang dihantar ke situ telah mendapat restu waris mereka. Bagi mengelakkan mayat-mayat terbabit reput, kesemuanya difahamkan telah disuntik dengan bahan kimia yang kuat.

Jelas mereka lagi, mayat-mayat berkenaan sengaja tidak dikebumikan kerana percaya Tawee Nanlan sendiri yang akan membawa mereka ke syurga.

Dalam pada itu, Tawee Nanlan ketika diberkas pada awal bulan lalu berkata, dia tidak pernah memaksa mana-mana pengikutnya supaya mengikut arahannya sepanjang mereka menyertai kumpulan terbabit.

“Mereka makan makanan yang dicampur dengan najis saya atas kehendak sendiri. Saya tak pernah memaksa dan saya juga tak pernah paksa mereka untuk tinggal disini,” jelas Tawee Nanlan.

Tawee Nanlan kini berdepan tuduhan menggunakan tanah negara tanpa permit, menyeludup badan dan melanggar protokol COVID-19 setelah didapati kesemua pengikutnya tidak memakai pelitup muka kerana percaya sesiapa yang mengikut Tawee Nanlan akan kebal daripada virus maut itu.

Sumber: Metro UK

Baca: Watak Ayah Pin Dalam Munafik 2? Jom Kita #Throwback Pasal Ajaran Sesat Ni

Page 6 1 E1653790519966

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.