in

Kecoh Pelekat Lesen P JPJ Laku Keras Di Laman Web E-dagang China

Pelekat P Viral Mdm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh sekejap di internet gara-gara pelekat lesen ‘P’ yang biasanya perlu ditampal pada bahagian cermin hadapan dan belakang kenderaan untuk mereka yang baru mendapatkan lesen memandu ini.


Mana taknya, secara tiba-tiba, pelekat lesen ‘P’ yang biasanya akan mempunyai logo JPJ tersebut katanya ‘laku keras’ dalam laman web popular e-dagang dari China iaitu Taobao.

Menurut perkongsian tangkap layar laman web tersebut oleh seorang pengguna Facebook, kelihatan pelekat lesen P dengan logo JPJ tersebut dijual dengan harga USD 4.49 (RM18.77) sekeping.

“Pelekat P kita popular dekat Taobao, up sikit scene MDM”

Facebook Sticker P Viral

Khabarnya, pelekat P berkenaan menjadi ‘buruan’ ramai kerana ia diiklankan sebagai pelekat JDM (Model Domestik Jepun) dan mungkin ramai yang menyangka ianya sama seperti pelekat ‘hijau kuning’ yang sering dilihat pada kereta-kereta JDM di Malaysia.

Kalau nak diikutkan, maksud pelekat P dan Shoshina atau Wakaba ini bertujuan untuk menandakan bahawa pemandu tersebut adalah pemandu baru dan masih dalam tempoh ‘percubaan’.

Wakaba Sticker Jepun

Untuk pengetahuan, pelekat wakaba yang berwarna hijau kuning dan berbentuk ‘V’ ini mula diperkenalkan pada 1972 dan semua pemandu yang baru mendapatkan lesen perlu memaparkannya di cermin hadapan dan belakang kenderaan selama 1 tahun.

Di Malaysia, pelekat ‘lesen P’ pula perlu ditampal pada cermin hadapan dan belakang untuk tempoh 2 tahun sebelum mendapat lesen memandu ‘betul’.

Memasuki ruangan komen, ramai pengguna Facebook ternyata terhibur dengan perkara ini, mana taknya, kalau di Malaysia, biasanya ramai yang mengelak untuk mempamerkan pelekat ini, tetapi sebaliknya, sibuk dicari oleh orang luar negara.

Facebook Sticker

Selain itu, ada juga yang sempat ‘mengusik’ sambil menerangkan bahawa JPJ Malaysia turut ada keluarkan versi satu lagi iaitu pelekat ‘L’!

Harap-harap lepas ni, harga pelekat berkenaan tak naik mencanak lah ye.

Baca : Pasangan Suami Isteri Berjaya Beli Kereta Toyota Lepas 3 Tahun Menabung Duit Syiling Dalam Tong Air

F4 Rush

Sumber: Facebook
Sumber: Wikipedia
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.