in

Pasangan Suami Isteri Berjaya Beli Kereta Toyota Lepas 3 Tahun Menabung Duit Syiling Dalam Tong Air

F4 Rush

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun sejak zaman sekolah rendah lagi kita dah didedahkan dengan peribahasa sedikit sedikit, lama-lama jadi bukit, namun bukan senang nak aplikasikannya ketika menabung wang di dunia sebenar.


Untuk pasangan suami isteri di Makassar, Indonesia ini pula, mereka telah menggunakan cara yang agak unik untuk mengumpul duit iaitu menyimpan duit syiling dalam beberapa buah tong air, lapor Detik News.

Beli Rush 3

Asriadi Syamsuddin dan isterinya Ratna telah mula menabung duit syiling tersebut sejak September 2018 dengan misi utama untuk membeli kereta idaman mereka iaitu Toyota Rush.

Menurutnya pasangan yang juga peniaga ini, mereka akan menyimpan duit syiling yang diperoleh hasil pemberian baki pelanggan. Selain itu, kalau mereka jumpa duit syiling di dalam rumah mereka juga, wang tersebut akan dimasukkan dalam tabung tong air tu.

Saya tak pernah kira berapa jumlah kesemua wang syiling tersebut,” katanya.

Dia hanya keluarkannya setelah duit tu dah memenuhi dalam bekas terbabit. Tong air tu difahamkan ada sembilan kesemuanya dan ada juga tong air yang berisi wang kertas.

Beli Rush 2

Pasangan ini kemudiannya ke pusat jualan kereta untuk membeli kereta yang diinginkan. Sebelum menggunakan duit syiling sebanyak 160 juta rupiah (RM46,855) untuk membayar kereta, Asriadi telah terlebih dahulu membayar wang pendahuluan yang tidak didedahkan jumlahnya sebab kereta itu bernilai 271 juta rupiah (RM79 ribu).

Yang bagusnya pula, pengurus pusat jualan kereta itu turut menyambut baik kedatangan pasangan ini walaupun ini adalah kali pertama pelanggan mereka membayar dengan duit syiling.

Sumber: Detik News 

Baca: Simpan Duit Syiling Setiap Hari, Wanita Tak Sangka Berjaya Kumpul RM6,000! 

Beli Rush 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.