in

“Nak buat jugaklah, mana tahu…” – BF Buat Surprise, Belikan Semua Barang Dalam Cart Online Shopping GF

Pjimage 2020 06 16T095116.913 768X404 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki Malaysia, Andrew buat keputusan untuk kejutkan teman wanitanya dengan cara yang paling best sekali iaitu beli semua barang yang ada dalam cart Taobao wanita bertuah ni!


Dia telah mendokumentasikan momen bermakna ini dan kongsikan di Facebook dan tak mengejutkan, tindakan sweet lelaki ini telah mendapat perhatian netizen hingga postingnya  telah mendapat lebih 10K perkongsian.

Kami dah bersama selama 8 tahun dan tak ada banyak benda yang saya boleh buat untuk kejutan. Benda paling straightforward saya boleh buat adalah dengan checkout cart online shopping dia.”

102840132 10214035867890004 509775685365124521 N

Andrew mengatakan, dah lebih sebulan dia order barang dalam cart teman wanitanya ini dan semalam (15 Jun) dia dapat panggilan telefon mengatakan semua barang-barang dah pun sampai.

Bila Andrew memberitahu teman wanitanya, Chia Yen tentang kejutannya ini, Chia terus lari turun bawah bersama troli untuk angkat barang-barang yang dah dibeli.

103840887 10214035867009982 2587303336921211242 N104112218 10214035868410017 7542624785381026234 N

Menurut Andrew, lepas dia beli semua barang-barang tersebut, dia memang tak sabar nak bagitahu teman wanitanya tapi disebabkan dia nak buat kejutan, terpaksalah dia cuba untuk simpan rahsia.

84099005 10214035867209987 8396850336303448362 N

Mengenai barang dalam shopping cart tu pulak, Andrew katakan dia beli semua yang teman wanitanya letak dalam tu kecuali beberapa baju yang dia rasa tak cantik dan tambah beberapa topeng muka popular dan baju yang dirasakan sesuai untuk girlfriend kesayangannya ini.

Awww, bestnya. Tunggu apa lagi? Taglah pasangan korang tu, mana tahu dapat barang yang diidamkan. Hehe

 

Baca: “Rezeki dapat kawan macam ni” – Netizen Tersentuh Tengok Brader Ni Terima Surprise Dari Geng Sendiri

Screenshot 2020 06 16 At 5.58.02 Pm

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.