in

Ramai Ingat Roti Ni Dah Berkulat Tapi Sebenarnya Masih Boleh Dimakan

Feature 2.1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan zaman pun dah berubah, jadi semakin ramai chef yang berani untuk bereksperimen dengan makanan. Baru lah tak bosan asyik order menu sama je kan kat restoran atau kafe.


Kalau nak tahu, sekarang ada roti baru yang tengah viral di negara China disebabkan rupanya yang nampak seperti dah berkulat. Menurut Oddity Central, roti itu dijual menerusi platform online China Taobao dan ia mula menjadi buah mulut orang ramai berikutan luarannya yang dikatakan tidak begitu menyelerakan.

Roti 4

Roti itu dikatakan telah dikeluarkan oleh syarikat China, Nanjing Yican Foods. Namun, roti tersebut bukanlah dah berkulat atau dah expired sebab sebenarnya, ia mempunyai campuran matcha green tea dan keju. Jadi, bila ditekan, krim tu akan meleleh dan nampak macam ‘berkulat’. 

Roti 2

Difahamkan, gambar makanan itu mula tular setelah dikongsikan di group Taobao Happy Share di Facebook. Namun, bak kata pepatah, don’t judge a book by its cover sebab menurut review mereka yang telah membeli roti tersebut di Taobao, lebih kurang 500 pelanggan mengatakan makanan tu sebenarnya sedap.

Ada juga yang memuji kelembutan teksturnya dan rasanya yang sedap. Siap ada yang kata dorang akan repeat lagi pembelian roti tu! 

Roti 5

Syarikat roti mengatakan ianya mempunyai rasa sedikit pahit dan tidak manis dan merupakan roti matcha berkualiti tinggi yang diperbuat daripada teh hijau matcha Jepun. Logik lah kalau ada pahit-pahit sikit sebab green tea memang pahit pun kan. 

Ia juga diperbuat daripada susu tepung dari New Zealand. Makanan ni dijual dengan harga 18 yuan (RM11.41). Mesti sedap dan lemak berkrim rasa roti ni. 

Teringin pulak rasanya nak try roti ni. Ada tak sesiapa yang nak cuba buat roti ni kat Malaysia? 

Baca: Kulat Kat Tepi Roti Mungkin Nampak Harmless Tapi Sebenarnya…

Roti 1

Sumber: Taobao

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.