Anak-anak merupakan amanah yang terindah yang diberikan oleh Allah. Bayi yang lahir akan membawa sinar baharu kepada keluarga.
Namun, berbeza bagi pasangan suami isteri dari Indonesia ini. Menurut Sosok.id, anak kelima mereka yang baru berusia 47 hari telah meninggal dunia di sebuah hospital di Jakarta Utara kerana kelahiran pramatang.
Lagi menyayat hati, menurut perkongsian Vebby Angelique di Facebook, mereka mengalami kesulitan dalam usaha untuk membawa jenazah anaknya itu pulang ke rumah untuk dikebumikan. Sedihnya kami baca.
Menurut perkongsian wanita ini, kejadian tersebut telah berlaku pada 17 Februari lalu.
Menurutnya, mereka tidak mempunyai kenderaan sendiri. Manakala, van jenazah hospital pula tidak tersedia pada ketika itu. Kalau nak sewa van jenazah luar, mereka tidak mempunyai duit yang cukup.
Jadi, mereka ambil keputusan untuk balik dengan menggunakan perkhidmatan teksi online atau Go Car. Namun yang menyedihkan, bukan semua pemandu teksi online tersebut mahu membantu mereka untuk membawa jenazah pulang.
Malah, ada pemandu yang dah bersetuju untuk membawa mereka pulang pada awalnya tapi lepas dapat tahu yang ada jenazah bayi, pemandu tu pun membatalkan hasrat tu. Sampai hati diorang.
Selepas banyak kali ditolak, akhirnya ada juga pemandu yang bersetuju. Yang lagi mengharukan, pemandu GoCar tu siap tolak lagi duit bayaran yang dia sepatutnya ambil. Baik gila driver ni.
Ramai netizen yang terharu dengan kebaikan pemandu terbabit sebab dia dah bertimbang rasa untuk tolong orang susah. Kita pun kena mencontohi kebaikan dia ni jugak.
Semoga Allah merahmati pemandu GoCar yang baik hati ni.
Baca: Tak Ada Duit Nak Sewa Van Jenazah, Pasangan Nekad Bawa Bayi Meninggal Balik Naik Bas Ekspres Tapi…