in

Kanak-kanak Tunggang Motor Buat Aksi ‘Willie’ Serah Diri

Willie3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas videonya menunggang motosikal jenis EX5 tular, kanak-kanak yang dipercayai 10 tahun itu  tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Jitra Kedah hari ini.


Lapor Harian Metro, kanak-kanak itu datang bersama bapanya kira-kira jam 2.40 petang tadi. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, siasatan mendapati bahawa kejadian berlaku di Kampung Paya Chegar, Jitra pada 6 petang 8 November (semalam).

 

Dalam video itu, kelihatan kanak-kanak terbabit berada di satu simpang tiga dan menunggang motosikal keluar dari simpang sehingga tamat video berkenaan.”

Jalan

Video yang ditularkan di  selama 18 saat itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang menunggang motosikal Honda EX-5 hitam dan nombor pendaftarannya kabur.

Tambah Mohd Ismail, tindakan akan diambil berdasarkan kesalahan lalu lintas iaitu menunggang motosikal di bawah umur, cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

Selain itu kanak-kanak lelaki terbabit juga didapati tidak memakai topi keledar. Malah pewarisnya juga turut diambil tindakan kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan bermotor.

“Tindakan juga diambil terhadap warisnya mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan bermotor.”

Walaubagaimanapun, kanak-kanak lelaki itu kemudian dibebaskan selepas dikenakan tindakan saman atas kesalahannya.

Berikutan itu, polis menasihatkan ibu bapa supaya pantau anak-anak terutama dalam aspek keselamatan lalu lintas supaya kejadian tidak diingini dapat dielakkan.

 

Baca : [Video] Netizen Geram Mak Ayah Tak Pantau Anak Bawah Umur Bawa Motosikal, Siap Wheelie Atas Jalan

Pantau

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.