Zaman sekarang ni bukan orang dewasa sahaja yang pandai menunggang motosikal, malah sudah ramai kanak-kanak yang lebih ‘handal’ membawa motosikal di atas jalan raya tanpa rasa takut.
Tidak hairan sekiranya kita nampak ada kanak-kanak yang ‘selamba’ membawa motosikal tanpa pengawasan ibu bapa walaupun hanya setakat menunggangnya di jalan-jalan kampung.
Motor lebih besar dari tukang bawa
Namun, “ukurlah baju di badan sendiri” adalah pepatah yang sesuai bagi ditujukan kepada seorang kanak-kanak lelaki ini yang ‘selamba’ menunggang motosikal yang jauh lebih besar dari tubuh badannya.
Video yang tular di media sosial ini telah dirakam oleh sekumpulan gadis dan kemudian dimuat naik pula oleh laman Twitter @ohtweet sehingga berjaya meraih perhatian netizen.
Orang tua kat rumah busy kot baca group Whatsapp diorang. Tak perasan anak bawak lari motor. Aduhh 🤦🏻 pic.twitter.com/SvnHy81rk0
— OH! MEDIA (@ohtweet) November 9, 2020
Sekumpulan gadis berkenaan yang sedang memandu dikatakan sedang menunggu di sebuah persimpangan jalan untuk masuk ke jalan utama.
Apa yang membuatkan mereka ketawa adalah ketika melihat aksi seorang budak lelaki yang dipercayai masih belajar di sekolah rendah sedang menunggang motosikal turut menunggu di persimpangan jalan itu.
Budak lelaki itu dilihat sedang menunggang motosikal Honda EX5 yang ketara lebih besar dari saiz tubuhnya yang kecil.
Dah macam bawa basikal
Dia kelihatan seperti menunggang basikal apabila terpaksa berdiri sehingga ke bahagian penghujung seat gara-gara kedua-dua belah kakinya tidak sampai untuk dijejakkan ke jalan untuk menstabilkan motosikal sementara memberhentikan motosikal di persimpangan jalan itu.
Kelihatan juga sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam yang baru masuk simpang telah memberhentikan keretanya dan cuba bertanyakan sesuatu kepada kanak-kanak itu melalui tingkap kereta namun pertanyaan itu tidak diendahkan.
Cuba buat aksi ‘wheelie’ empat kali
Bukan itu sahaja, budak lelaki itu terus berlalu pergi dan dilihat cuba menunjuk lagak dengan membuat aksi ‘wheelie’ bukan setakat sekali tetapi sebanyak empat kali berturut-turut!
Fuh, sempat lagi tu nak flex depan audiens.
Namun, kesemua cubaan ‘wheelie‘nya itu gagal gara-gara motosikal yang ditunggangnya itu jauh lebih berat dari kemampuan tubuh badannya yang agak kecil.
Video yang berdurasi selama beberapa saat itu berjaya meraih perhatian pengguna media sosial yang rata-rata menzahirkan rasa geram dengan tindakan budak lelaki itu yang tidak memikirkan kesan buruk dan bahaya menunggang motosikal tanpa pengawasan ibu bapa apatah lagi tanpa lesen yang sah.
“Ayuh sebarkan sampai keluarga dia tahu” – Netizen
Ni kalau parents dapat tahu ni, balik rumah tak hanger, paip getah menunggu ni.