Sebelum ni tular video di Facebook yang berdurasi 25 saat mengenai sekumpulan remaja perempuan yang bergaduh sesama mereka.
https://www.facebook.com/rayyan.rizqi.948/videos/173584067121348/?t=13
Kejadian tersebut dikatakan berlaku di kawasan Padang Bandaran Lahad Datu.
Menurut Harian Metro, seramai 7 daripada 13 orang yang terlibat dalam pergaduhan itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan selepas salah seorang daripada mereka yang juga pelajar berusia 16 tahun membuat laporan polis .
Dilaporkan kumpulan remaja perempuan tersebut adalah dalam lingkungan usia 14 hingga 17 tahun.
Gaduh sebab keluar kata-kata kesat?
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, hasil siasatan mendapati pengadu bersama rakan-rakannya dari Kampung Panji berjumpa dengan sekumpulan remaja perempuan dari Kampung Pisang.
“Perjumpaan itu bertujuan membincangkan perselisihan faham antara mereka berkaitan isu tempat tinggal mereka.
“Bagaimanapun, kumpulan remaja Kampung Pisang mula mengeluarkan kata-kata kesat kepada remaja Kampung Panji.
“Hinaan itu menyebabkan kumpulan remaja dari Kampung Panji tidak berpuas hati dan mengajak remaja dari Kampung Pisang untuk berjumpa di tempat kejadian,” katanya.
Polis juga turut mengesahkan bahawa remaja perempuan yang terlibat dengan pergaduhan itu adalah warga tempatan dan juga masih bersekolah.
“Semua remaja itu adalah warga tempatan dan masih bersekolah.”
“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.
Namun tidak berlaku sebarang kecederaan yang serius dilaporkan ekoran pergaduhan tersebut.
Aduh, sekarang ni kalau tak puas hati je mesti nak kena bergaduh, cuba bincang baik-baik.
Baca: “Baru seminggu Sulli pergi” – Ibu Bapa Bergaduh Rebut Harta Peninggalan Sulli Bernilai RM18 Juta