in

“Baru seminggu Sulli pergi”- Ibu Bapa Bergaduh Rebut Harta Peninggalan Sulli Bernilai RM18 Juta

Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak habis lagi dikejutkan dengan berita kematian selebriti popular Korea Selatan, Sulli, 25 tahun nampaknya netizen sekali lagi dihidangkan dengan kisah pergaduhan keluarganya pula.


Memetik media tempatan, Sina kisah pemergian Sulli sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas kedua ibu bapanya dilaporkan bergaduh besar merebutkan harta peninggalan berjumlah kira-kira 5 billion won atau bersamaan RM18 juta.

4 3
Sumber: instagram

Lapor Malay Mail, undang-undang di Korea Selatan jelas menyatakan yang harta pusaka boleh dibahagkan antara ahli keluarga merangkumi ibu bapa, pasangan, anak-anak dan adik beradik.

So memandangkan Sulli masih bujang dan belum berkahwin serta tidak meninggalkan sebarang wasiat, maka harta tersebut akan diberikan kepada ibu bapa, dua orang abang serta adik lelakinya.

5 2
Sumber: dreshare

Bagaimanapun, difahamkan abang kedua artis kpop itu iaitu Choi Dae Hee buat keputusan untuk tak terima apa-apa harta peninggalan adik perempuannya itu.

Katanya dia enggan terima harta tersebut memandangkan adiknya sudah meninggal dunia.

 

Hah pulak dah! Lepas satu-satu, semoga semuanya selesai dengan baik.

Baca : “Terima kasih semua” Sulli Ucap Terima Kasih Pada Orang Yang Beri Dia Kekuatan Untuk Hidup Dalam Nota Terakhir Di IG

Sull

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.