in

“Kalau tepat kena mata, jadi kasim selamat ni” – Jangan ‘Suka-Suka’ Tekap Kek Hari Jadi Pada Muka Kawan/Keluarga Sebab…

Ada Batang Huhu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain kejutan hari jadi, antara benda yang ramai orang suka buat ketika sambutan hari lahir seseorang tak kira kawan atau keluarga adalah menekap muka mereka pada kek. Kalau korang pernah dan suka buat macam tu, please jangan buat dah!


Cake2

Melalui perkongsian yang viral di Facebook dimuat naik oleh Ong Lip Qin Physiotherapist – Precise Rehab, orang ramai digesa untuk tidak menekap muka sesiapa terutamanya birthday girl/boy seperti yang sering dilakukan pada kek. Ini kerana, sesetengah kek especially kalau jenis yang tinggi, memang memerlukan batang kayu untuk support ketinggian itu.

“Gambar ini didedikasikan kepada semua yang suka push muka birthday boy/girl pada kek. Kadang kala kek yang tinggi memerlukan batang kayu sebagai penahan.”

Sebagai contoh, gambar dekat bawah ni:

Kek1

 

Wedding cake memang ada!

Bagi yang tidak tahu, kek kahwin yang tinggi bertingkat-tingkat korang selalu tengok dekat majlis perkahwinan tu memang selalunya akan menggunakan sejenis batang untuk hold support kek yang berat dan tinggi.

Cake

Setiap kek akan dicucuk dengan batang tersebut yang selalu dijual di kedai bahan kek dan akhir sekali, lepas kek selesai sampai bahagian atas, satu batang paling panjang akan dicucuk dari bahagian bawah hingga ke tingkat paling atas.

Untuk lebih faham, korang boleh refer bawah ni:

 

Tak semua kek ada, ambil langkah berjaga-jaga

Memang tak semua kek ada batang kayu seperti itu, tapi sebagai langkah berjaga-jaga mungkin lebih baik untuk tidak tekapkan muka pada kek. Bayangkan kalau memang ada batang kayu, korang tengah seronok sambut hari jadi dan tekapkan muka pada kek. Tak ke majlis hari jadi bertukar tragedi tu? Always, be mindful!

Ramai netizen di Facebook dan Twitter yang rasa risau dan ngeri bila dapat tahu tentang hal ini. Kebanyakannya menasihati agar netizen lain

Kalau nak buat juga, maybe boleh order kek yang tak tinggi atau bertanya pada baker ke kan…

Baca: “Lelaki semua sama”- Gadis Hadiahkan Kek Kubur Sempena Birthday Pakwe, Sekali Terus Kena Tinggal

Feat 14

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.