in

Ibu Tergamam Kanak-kanak 3 Tahun Tertelan Dawai Logam, Lepas Makan Kek Hari Jadi Yang Ditempah

Ft Kek Hari Jadi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun dari India tertelan 2 dawai logam yang tersembunyi dalam hiasan kek sambutan hari jadinya.

Menurut ibunya, insiden tersebut berlaku pada 31 Mei lalu semasa sambutan awal ulang tahun kelahiran kanak-kanak berkenaan, Reyaansh yang sepatutnya menyambut hari jadinya pada keesokan harinya.


Artikel berkaitan: Tawa Bertukar Duka, Budak 10 Tahun Maut Selepas Makan Kek Hari Jadi

Artikel berkaitan: “Sad ending rupanya”- Terlanggar Kek Hari Jadi Sendiri, Ramai Simpati Tengok Adik Ini

Mula sedar lepas terkunyah benda keras

Screenshot 2026 06 11 122452

Ibunya yang dikenali sebagai Sneha Shelar, keluarga mereka telah menempah kek bertemakan permainan boling daripada sebuah kedai bakeri tempatan.

Dalam satu hantaran media sosial, Shelar mengatakan Reyaansh begitu teruja melihat kek yang dihiasi pin boling berwarna emas dan terus memakannya sendiri.

Namun begitu, keluarga tersebut kemydia mendapati setiap hiasan pin boling pada kek berkenaan mengandungi dawai logam nipin yang digunakan sebagai sokongan struktur.

Screenshot 2026 06 11 122523

Tambah Shelar, dia tidak pernah dimaklumkan mengenai penggunaan bahan itu oleh pihak bakeri semasa tempahan dan penghantaran itu dibuat.

Keberadaan dawai logam itu mula disedari selepas ada 2 kanak-kanak yang lebih berusia daripada anaknya itu tergigit sesuatu objek keras di dalamnya.

Apabila diminta penjelasan, pihak bakeri mengesahkan bahawa dawai logam telah digunakan dalam hiasan kek berkenaan. Pada ketika itu, Reyaansh dipercayai telah menelah 2 dawai tersebut.

Panik dengan keadaan tersebut keluarganya segera membawa kanak-kanak itu ke Hospital Jupiter di Thane untuk mendapatkan rawatan.

Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua dawai logam itu berada di dalam usus kecil kanak-kanak itu tetapi doktor tidak menjalankan pembedahan segera, sebaliknya memantau keadaannya secara rapi.

Screenshot 2026 06 11 122637

Namun begitu, keluarga memaklumkan bahawa objek tersebut akhirnya telah dikeluarkan secara semula jadi daripada tubuh Reyaansh dalam tempoh 48 jam tanpa menyebabkan sebarang kecederaan.

Menurut sumber, kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan stabil. Shelar menyifatkan bahawa kejadian tersebut sebagai pengalaman yang mengerikan dan menyeru kepada pengusaha bakeri supaya maklumkan awal-awal kepada pelanggan jika ada menggunakan bahan bukan makanan dalam hiasan.

Selain itu, Shelar juga memperingatkan ibu bapa supaya teliti setiap perhiasan pada kek sebelum diberikan kepada kanak-kanak bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

 Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.