in

Kerbau Pecah Masuk Rumah & Rosakkan Kereta, Pemilik Haiwan Dicari Untuk Ganti Rugi

Whatsapp Image 2021 09 12 At 17.20.13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Haiwan ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang dibiarkan berkeliaran tanpa pengawasan boleh mengundang pelbagai bahaya. Malah, pernah berlaku kematian akibat kemalangan yang berpunca daripada kecuaian pemilik haiwan ternakan itu sendiri.


Terbaharu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Lang Mizan ada berkongsikan satu hantaran yang menunjukkan rumahnya dipecah masuk oleh seekor kerbau dewasa.

4

5

Dalam hantaran tersebut, kerbau tersebut dilihat berada si sebelah kereta miliknya yang berwarna merah. Melihatkan kehadirannya disedari pemilik rumah, kerbau itu segera keluar dan melarikan diri.

Posted by Lang Mizan on Friday, September 10, 2021

 

Namun selepas diperiksa, bahagian sisi kiri kereta lelaki ini berlaku beberapa kerosakan. Antara kerosakan yang dapat dilihat adalah cermin sisi patah dan bahagian badan kereta kemek. Jelas suara lelaki ini sedikit kecewa selepas melihat kerosakan pada keretanya.

2 4

1 8

Difahamkan, kejadian berlaku di Kawasan Perindustrian Klebang Bestari, Ipoh. Pemilik kereta ini menyeru orang ramai yang mengenali pemilik kerbau agar tampil berkongsikan informasi untuk proses ganti rugi.

Isu ini turut mendapat perhatian Persatuan Haiwan Malaysia (PSH). Jelas PSH, kejadian seperti ini sudah banyak kali berlaku dan pemilik haiwan ternakan sepatutnya lebih peka tentang isu ini.

Lebih malang, setiap kerosakan, kecederaan atau kematian tidak dapat dibuat tuntutan ganti rugi kerana agak sukar untuk mengesan pemilik haiwan ternakan.

 

BACA: Lelaki Hantar Pulang Mayat GF Lepas Kemalangan Langgar Kerbau Pukul 3 Pagi Waktu PKP, Didenda RM1,000

Capture 10

Sumber: Lang Mizan
Sumber: Lang Mizan
Sumber: Lang Mizan
Sumber: Lang Mizan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.