Netizen Kecoh Bendera Terbalik Sewaktu Perarakan, Tapi Sebenarnya…

Jadikan sumber pilihan di Google
Netizen Kecoh Bendera Terbalik Sewaktu Perarakan, Tapi Sebenarnya…

Isu bendera terbalik kerap kali kita dengar kebelakangan ini. Ia adalah isu sensitif bagi mereka yang benar-benar menyanjungi Jalur Gemilang.

Bendera adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Ia adalah simbol penghormatan dan martabat bagi sebuah tanah air merdeka.


Tidak salah untuk kita sebagai rakyat Malaysia, mempertahankan Jalur Gemilang jika ia dihina oleh pihak dan individu tidak bertanggungjawab. Bendera dibakar, kita marah. Bendera dikibar terbalik, kita berang. Tidak mengapa, kerana itu tandanya kita menganggap Jalur Gemilang sebagai jati diri kita, sebagai maruah negara kita.

Tapi adalah lebih molek lagi, daripada terus berbalah — kita saling melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan agar kemarahan kita itu terlihat berasas. Kita bukan sekadar marah-marah kosong di media sosial.

Hari ini 31 Ogos, adalah hari kebesaran bagi kita seluruh rakyat tanah bertuah Malaysia. Antara tontonan yang wajib dihidangkan kepada kita adalah perarakan besar-besaran seluruh angkatan unit beruniform, persatuan-persatuan dan sebagainya.

Dalam pada kita sedang seronok dan leka menonton parade, ada yang bertanya:

Terbalik2

Terbalik4

Terbalik1

Terbalik5

Jawapannya ada di sini kawan-kawan:

Bendera 1

Empat tahun lalu, perkara sama pernah dipersoalkan oleh pengguna media sosial dan ia telah diperjelaskan oleh seorang individu seperti yang dilaporkan oleh portal berita The Star.

Bendera1

Jadi sebenarnya, tiada apa yang salah pun mengenai cara Jalur Gemilang itu dibawa berarak kerana itulah protokolnya.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-62 Malaysia! Perjuangan membebaskan tanah air yang dilakukan tok nenek moyang kita dulu, harus kita susuli dengan perjuangan memerdekakan minda kita!

 

Baca: “Jangan hina Jalur Gemilang” – Supplier Hantar Bendera Terbalik Ke Sekolah, Menteri Pendidikan & Polis Bakal Buat Siasatan

Capture 3

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Penggemar berat Morrissey dan Dwight Schrute.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Netizen Kecoh Bendera Terbalik Sewaktu Perarakan, Tapi Sebenarnya…
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/netizen-kecoh-bendera-terbalik-sewaktu-perarakan-tapi-sebenarnya/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen