in

“Jika saya tau, sumpah saya tak terima lamaran ustaz” – Dr Erin Dakwa Da’i Farhan Tipu, Kata Bekas Madu Izin Kahwin Lain

Collage 6

Semalam, sebelum Dr Erin mendedahkan yang dia telah bercerai dengan suaminya, Da’i Farhan baru-baru ini, wanita ini sempat menjelaskan “cerita sebenar” tentang pernikahannya di Mekah yang telah menjadi isu hangat tak lama dahulu.

Menerusi Instagram, Erin menceritakan yang dia bersetuju menerima pinangan Farhan kerana bekas suaminya ini memberitahu yang isteri pertamanya telah memberikan persetujuan untuk dorang bernikah.

Sy menerima pinangan ust krn sy diberitahu oleh ust bhw sudah dpt persetujuan dr isterinya.”

Screenshot 2020 05 06 At 1.07.57 Pm Side

Kerana ini, bila Farhan mencadangkan mereka terus bernikah di Mekah, Erin bersetuju dan menafikan pernikahan di Mekah ini dah dirancang dari awal.

Screenshot 2020 05 06 At 1.09.21 Pm Side

Tambah Erin lagi, dua bulan sebelum kisah pernikahan mereka tular, kehidupannya aman damai dan dia tak tahu pun bekas madunya ada masalah dengan perkahwinannya.

Sy & ust dihina dimaki maha hebat oleh semua org. Jika sy tau ini yg sy akan dpt dgn bernikah dgn ust sumpah sy tak mau terima lamaran ust.”

Kerana dah penat untuk terus “bergaduh”, Erin akhirnya meminta agar Farhan menceraikan dirinya pada 27 April lalu demi kebaikan semua orang.

Sy tk minta jd mcm ni. Sy terima lamaran ust dulu krn ilmu agama n kebaikan yg sy nampak dlm diri ust masa tu n sy sgt berharap ust boleh membawa sy ke syurga.”

 

Baca: “Kejap nak rujuk sana, kejap nak cerai balik” – Dr Erin Minta Dilepaskan, Da’i Farhan Ceraikan Talak Satu Melalui Voice Note 

Farhanerin

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram