in

“Jangan peluk atau cium” – 26 Individu Jatuh Sakit Gara-Gara Wabak Salmonella Pada Kura-Kura Belaan

Bahaya Kura Kura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah atau tidak korang atau kenalan korang mempunyai kura-kura sebagai haiwan peliharaan? Sekiranya ada, berhati-hatilah kerana baru-baru ini, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) yang berpangkalan di Amerika Syarikat mengeluarkan amaran tentang haiwan berkenaan.

Menurut laporan, CDC telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai agar tidak “mencium atau memeluk” kura-kura yang dipelihara selepas terdapat penyebaran wabak Salmonella yang dipercayai disebabkan oleh kura-kura kecil.


Pihak CDC mengumumkan pihak mereka sedang menyiasat beberapa kes penyebaran wabak salmonella ini yang berlaku di 11 buah negeri di sana dan sehingga kini telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 26 orang jatuh sakit.

49991679471 4D2F2A4537 B

Kalau diikutkan, peraturan di sana mencegah penjualan dan pengedaran kura-kura yang bersaiz kurang dari 4 inci sebagai haiwan peliharaan kerana ia boleh menyebabkan banyak penyakit terutamanya kepada anak kecil.

Tambah mereka lagi, walaupun adanya larangan berkenaan, kura-kura ini masih dijual secara haram di kaki lima, pasar dan juga atas talian. Untuk pengetahuan, kura-kura yang dibela berpotensi membawa kuman Salmonella pada najis mereka walaupun kelihatan sihat dan bersih.

Disebabkan kura-kura ini selalunya dibela dalam akuarium, kuman ini boleh merebak ke badan, air dan apa sahaja barangan yang ada di persekitaran dan seseorang boleh jatuh sakit selepas menyentuh kura-kura atau apa sahaja yang ada di persekitaran mereka dan tidak membasuh tangan sebelum menyentuh muka dan sebagainya.

Pexels Ekaterina Bolovtsova 5263887

Berikutan kes yang berlaku di Amerika tersebut, pihak CDC mengesahkan sekurang-kurangnya 26 orang telah dilaporkan sakit dengan 9 daripadanya terpaksa dikejarkan ke hospital.

Mengulas lanjut tentang Salmonella, simptom boleh bermula daripada enam jam sehingga enam hari selepas dijangkiti. Mereka yang terkena jangkitan akan mengalami cirit-birit, demam dan kekejangan pada bahagian perut.

Pun begitu, kebiasaannya mereka yang dijangkiti akan pulih tanpa perlu menerima rawatan selepas empat hingga tujuh hari. Namun, untuk golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah (kanak-kanak dan warga emas), mereka akan lebih teruk terkesan dan akan perlukan bantuan perubatan.

Depositphotos 425340182 Stock Photo Cute Turtle Red Eared Slider 1

Dalam masa yang sama, pihak CDC turut menasihatkan sekiranya orang ramai sudah terbeli atau ingin membeli kura-kura untuk dijadikan haiwan peliharaan, mereka menyarankan agar memilih haiwan yang cangkerangnya melebihi 4 inci.

Selain itu, sila pastikan tangan dibasuh menggunakan sabun dan air selepas memegang atau memberikan makan kepada haiwan tersebut lebih-lebih lagi kanak-kanak.

CDC juga memberi amaran agar tidak membenarkan anak-anak untuk mencium atau memeluk kura-kura peliharaan. Sebagai langkah berjaga-jaga, jangan letak atau benarkan kura-kura berkenaan berada di dapur, dekat dengan kawasan penyediaan, penyimpanan atau meja makan.

Baca : Terdedah Kepada Salmonella, Ini Sebab Kenapa Telur Ayam Tidak Perlu Dibasuh

Cara Simpan Telur Yang Betul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.