in

“Jangan panik, ini normal” – [VIDEO] Ratusan Ikan Puyu Naik Ke Daratan Di Tanjung Karang, Selangor

Puyu Naik Darat Horz 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas hujan lebat berlaku di beberapa kawasan di Lembah Klang serta insiden yang meragut nyawa di Yan, Kedah baru-baru ini, semalam tular pula sebuah video yang disebarkan melalui Whatsapp dan dimuatnaik di laman Facebook Warga Sekinchan tentang kejadian ratusan ikan puyu yang naik ke daratan.


Secara tidak langsung, ia membuat ramai bingung serta membuat spekulasi bahawa ikan tersebut seakan-akan ‘tahu’ sesuatu yang buruk bakal berlaku. Ini kerana beberapa tahun lalu, sebelum tsunami melanda negara, terdapat juga beberapa kejadian ikan yang ‘naik’ ke daratan.

Kejadian yang difahamkan berlaku di sebuah surau yang terletak di Sawah Sempadan, Tanjung Karang tersebut melihatkan ratusan ekor ikan puyu keluar dari kawasan air dan naik ke daratan semasa hujan lebat di kawasan berkenaan.

“Ikan puyu naik darat… keajaiban”

Meneliti ruangan komen, ada segelintir yang membuat spekulasi kononnya akan terjadi banjir besar atau sesuatu akan menimpa kawasan berkenaan disebabkan kejadian tersebut.

Fb Comment Ikan Puyu Naik Darat

Kononnya, ikan tersebut sudah tahu akan terjadinya sesuatu lalu ia keluar untuk mencari tempat untuk berlindung.

“Ini normal, memang sifat ikan puyu macam tu” 

Namun, dakwaan-dakwaan sesetengah netizen tersebut disangkal oleh mereka yang ‘lebih tahu’ kerana memang sifat ikan berkenaan sebegitu, fenomena biasa berlaku, cuma mungkin sebelum ini tidak ada yang nampak.

Comment Ikan Puyu

Difahamkan, fenomena ‘puyu naik darat’ ini biasanya berlaku sekiranya hujan lebat melanda sesebuah kawasan yang sudah lama tidak hujan. Menurut pakar, spesies ini boleh merangkak dengan baik di tanah lembap menggunakan sirip dada mereka.

Lebih menarik, ia dapat bertahan dari air hingga enam hari berturut-turut dengan bantuan organ pernafasan udara dan ini adalah sebahagian daripada mekanisma untuk menyesuaikan diri ketika berlakunya kemarau. 

Baca : “Buat pa dok sini” – [VIDEO] Aksi ‘Berani’ Lelaki Rakam Kepala Air ‘Mengganas’ Di Gunung Jerai, Buat Netizen Cuak

Fi Lelaki Rakam Kepala Air

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.