in

“Buat pa dok sini” – [VIDEO] Aksi ‘Berani’ Lelaki Rakam Kepala Air ‘Mengganas’ Di Gunung Jerai, Buat Netizen Cuak

Fi Lelaki Rakam Kepala Air

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada petang semalam, kita dikejutkan dengan tragedi banjir kilat yang berlaku kira-kira jam 3 petang dan telah melanda beberapa tempat di sekitar daerah Yan dan Gurun, Kedah. Difahamkan juga, kejadian tersebut berlaku dengan amat pantas ditambah pula dengan hujan begitu lebat sewaktu kejadian.


 

Titi Hayun dah tak ada titi

Menurut laporan Harian Metro,kejadian tersebut menyebabkan tiga mangsa dilaporkan hilang, seorang selamat namun seorang lagi telah meninggal dunia lepas dihanyut air deras kerana kejadian kepala air dan tanah runtuh di Pusat Rekreasi Titi Hayun, semalam.

Bukan tu saja kawasan tarikan pelancong itu juga dikatakan dah kehilangan titinya. Dalam satu video yang viral, terlihat air bergerak dengan sangat deras menuruni kawasan tersebut.

@wey_angah94

ya Allah .. tkot nya .. dgaq kta tanah runtoh d Tangjung jaga plak.ya Allah . selamat kan lah kami ya Allah.. ???#fypage #esekeli #fypdongggggggg

♬ bunyi asal – Angah?? – Angah??

 

Rileks rakam kepala air 

Di samping kerisauan orang ramai dengan kejadian yang berlaku, tular pula tindakan seorang lelaki ini berani menyaksikan kepala air yang tengah mengganas dengan lebih dekat.

Menerusi perkongsian @AngahMy di TikTok, lelaki berkenaan dilihat berdiri seorang diri di tengah jalan yang dilalui air itu. Namun difahamkan, dia sedang merakam fenomena yang jarang berlaku itu menggunakan telefon bimbitnya.

Posting yang dimuat naik kurang daripada 24 jam itu, telah mendapat lebih dari 3 juta tontonan.

@wey_angah94

ya Allah .. tkot nya tngk… perigi yan..kedah #fypage #musimhujan

♬ bunyi asal – Angah?? – Angah??

 

“Ya Allah, lindungi orang Kedah semua”

Di ruangan komen, nyata kejadian tersebut membuat para netizen menjadi lebih risau. Ramai juga yang turut berdoa supaya rakyat Kedah terus kuat, di samping masih ‘berperang’ dengan wabak Covid-19 kini.

Reak Lelaki Rakam Kepala Air 1 Edit Reak Lelaki Rakam Kepala Air 2 Edit Reak Lelaki Rakam Kepala Air 3 Edit Reak Lelaki Rakam Kepala Air 4 Edit

Allahu semoga kawan-kawan kita di Kedah tu sentiasa selamat.

 

Baca : Tragedi Kepala Air & Tanah Runtuh di Titi Hayun, 1 Meninggal Dunia & 3 Mangsa Masih Hilang

Fenomena Kepala Air Tanah Runtuh Titi Hayun Kedah

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.