in

“Jangan pandang buruk saja mengenai saya” – Aliff Syukri Enggan Ulas Isu Pukul Anak Angkat?

Alifff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas isu jutawan kosmetik Aliff Syukri pukul anak angkat hangat diperkatakan minggu lepas, Aliff Syukr telah ditahan oleh pihak berkuasa dan dibebaskan dengan jaminan polis, lapor Berita Harian.


Kes cubit sampai meninggalkan kesan itu telah membuatkan dirinya dilempar tohmahan oleh netizen kerana bengang dengan sikapnya yang dianggap sebagai seorang yang suka raih perhatian untuk raih jumlah tontonan saluran Youtube miliknya seperti mana yang didakwa oleh warganet.

 

Saya akan cerita perkara sebenar” – Aliff Syukri

Selepas isu tersebut semakin surut, Aliff Syukri baru-baru ini ada muat naik instastory memberikan kenyataan yang seolah-olah respon terhadap kontroversi yang tengah terpalit kepada dirinya sekarang.

Katanya, dia tidak akan membuat sebarang kenyataan selagi pihak berkuasa belum selesaikan tugas mereka.

“Saya amat kecewa biar apa orang nak mengata saya saya takkan buat apa-apa sebab jawapan biarlah pihak berkuasa menjalankan tugas dan selepas itu saya akan cerita perkara sebenar.”

Dalam pada itu, Aliff Syukri juga memohon kepada seluruh rakyat Malaysia agar jangan membuat sebarang spekulasi dan jangan pandang buruk tentangnya.

Sebelum itu, Aliff Syukri ada muat naik screenshot mesej-mesej beberapa individu memberikan sokongan moral kepadanya.

Dalam mesej tersebut, dia ada menjelaskan bahawa itu semua adalah fitnah. Instastory tersebut bagaimanapun dah hilang kerana ia telah dimuat naik lebih daripada 24 jam yang lepas.

Malah ada juga video yang menunjukkan  anak angkatnya Meena menyebut ‘abah’.

Sebelum ini, Dato’ Aliff Syukri telah di tahan atas dakwaan memukul anak angkatnya sehingga meninggalkan kesan. Video itu tular di laman sosial minggu lepas.

Disebabkan itu, Aliff Syukri ditahan dan dibebaskan atas jaminan polis kerana sumber menjelaskan bahawa pegawai perubatan gagal sahkan Meena didera.

 

Baca : “Nak cari duit Youtube jangan budak jadi mangsa” –  Jutawan Kosmetik Disyaki Pukul Anak Angkat Dengan Kasut, Geram Menangis Masa Rakam Video

Pukulanak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.